Khamis, Januari 27

tolong bekalkan aku sedikit

KERAJINAN
KESUNGGUHAN
KEIKHLASAN
KESENANGAN
KETENANGAN
KEBAHAGIAAN
dan yang paling penting bagi ku
KESIHATAN


balik dari kelas aku tahu aku dah rugi macam-macam perkara.
bukan aku kata kelas itu tiada makna.
selalu sangat aku perasan benda ni.
masuk kelas dengar lecture. fokus entah mana aku tinggalkan. keluar kelas rasa seperti tidak ada apa yang aku dapat. hanya tangan saja yang boleh diharap menyalin nota. balik bilik memang tiada langsung niat untuk belek dan revise apa yang diajar. dan bila tiba exam---masa itu saja aku akan menelaah. 


sekarang kerap sangat berlibur. duit bagai air. mengalir keluar. tanpa ada masuk.

cuti seminggu ni, terengganu destinasi yang dirancang. habis cuti, 3 paper menunggu. buku-buku menunggu.

kes-kes menunggu. akta  pun sama lah. oh, esaimen juga.


apa lagi? sakit hati pula tulis tentang belajar ya.

aku katakan yang paling penting bagi ku---kesihatan. alhamdulillah, tak kira apa sakit aku, aku masih hidup. makin kerap sakit datang. aku muak. niat aku untuk pergi scan. insyaAllah, aku pergi sendiri. tanpa pengetahuan mak abah. don't tell them k.



lagi satu, aku rindu adik-beradik aku. terutamanya kakak dan adik. tapi yang paling aku rindu---kakak. ah, macam dah bertahun tak jumpa. satu universiti pun belum pernah bersua lagi. tambah-tambah bila ramai cakap aku seperti tiada kakak di uia. mereka tak tahu apa-apa. aku diam saja dan itu yang terbaik.


adik


aku teringin betul nak balik rumah tengok budak ni pakai uniform sekolah :)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tak ada hati nak buat sesuatu, tinggalkan. kalau rasa tak boleh buat, tinggalkan. kalau rasa susah, tinggalkan. sebab ada banyak lagi pilihan lain. apply to change course, its never too late. yes you must listen to you parents, but they are not always right.

nousya berkata...

thanks anon :)
kena failkan diri dlu baru blh tukar course.
haha tp x best la fail
buat buruk reputasi je