Jumaat, Februari 18

tidur main-main

kau tahu, puas semalam aku cuba untuk tidur. aku dah cuba segala. petua tidur kacak kau. zikir ke atas zat Nya sebanyak yang mampu. yang maha segala suatu. pemilik aku. berselubung. dari selimut biru aku tukar kepada selimut merah kotak-kotak. peluh memercik.
aku bangun lajukan kipas. nombor 4. aku baring. masih panas. aku tukar 5. bising lagi ligat. aku perlahankan semula kepada 3. baring. selubung. mata pejam buka pejam buka. gelisah. seksa kau tahu. insomnia.
bangkit. tidur selepas beberapa ketika. terjaga sebelum alarm bunyi. 
dan hari ini, aku ganti tidur yang telah aku rugikan. cuma bagi aku dua jam. lepaskan dunia.