Sabtu, Mac 19

telan dan hadam buku teks

harus bagaimana lagi untuk aku susunkan ayat ini menjadi sempurna tanpa cela? di saat matahari masih malu-malu menampakkan dirinya, menukar malam ke siang yang selalu bikin aku ketakutan tatkala menelaah bertemankan lampu study dan dengkuran teman. tak lupa juga suara perut yang merengek minta diisi.

kau ingat dulu sahabat 
bagaimana kita tergesa-gesa
menghabiskan satu buku sejarah
yang esoknya adalah hari terpenting bagi kita
tajuk-tajuk yang tidak pernah dibaca
kau dan aku bekerja keras di perpustakaan sekolah

memang gelabah waktu itu. tapi aku seronok. kita study betul2 di minit terakhir dan subjek yang selalu kita dapat E atau D itulah yang sampai hari ini aku masih ingat bagaimana berbayarnya usaha kita yang semalam itu.

itu tiga tahun dulu

sekarang khabarkan pada aku
subjek2 aku di menara gading ini
mahu diperbuatkan bagaimana?

maraton di minit terakhir lagi?

aku bukan daripada ahli-ahli pelajar 
yang melepak di perpustakaan
tidak akan pernah jadi begitu aku kira
aku hanya hangat-hangat tahi ayam

tahi sudah tentulah busuk. tak kan aku masih mahu berperangai busuk seperti di sekolah dulu.

tolong sedapkan hati aku 
katakan yang aku masih sempat 
untuk sediakan ramuan terhebat 
untuk aku telan dan hadam semua buku teks aku.

aku nak sorok ini blog.




9 ulasan:

salemaziz berkata...

tersedar dari lamunan. jom belajar.

tertarik dengan ayat kecik kamu. kamu siyes?

nousya berkata...

jom.

entahlah. mcm tak ada point blog ni. kan?

elwanimajidah berkata...

heh.blog aku pun pointless.sekarang dah tak ada dah.haha.

sejarah A baii..terer!
sempat lagi ulangkaji.
kalau kau guna masa dengan sebaik2nya.jangan jadi macam aku.
last minit yang serius last minit baru nak buka buku,menghafal semua.

sastraboy berkata...

blog ni best.

dah itu je nak cakap.

ktxbai.

nousya berkata...

wani: selagi ada masa selagi tu nak tangguh sampai last minute ye dak

sastraboy: terima kasih! ktxbai

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

jangan delete
nanti aku bosan duduk seorang-seorang di dunia blog

nousya berkata...

aku cuma mahu sorok.bukan delete

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

mula-mula sorok
lepas itu delete

nousya berkata...

akankah?