Jumaat, April 15

aku failed naik bas

lepas settled urusan dekat bank hari tu, aku pun tunggulah bas. sebenarnya tak tau pun kena naik bas apa. sekarang kan letak nombor je dekat cermin bas tu. so, tak de lah aku nak hafal dan ingat nombor2 tersebut. macam biasalah. dengan muka yakin dan tanpa berfikir panjang, aku pun naik bas metro ni. berapa entah nombor dia.

bayar seringgit.

aku bajet2 bas tu akan masuk simpang ke rumah aku ni. tapi tak. dia terus je.

tak apa. masih tenang.

tak lama tu aku dah mula ragu. toleh belakang tanya budak sekolah.

aku: dik, adik turun mana eh?
budak sekolah: jinjang.
tak pernah dengar nama tempat jinjang. ceruk mana jinjang tu? ini macam jauh da ni.
aku: akak dah salah bas ke apa? dekat jinjang ada ktm tak? lrt ke?
budak sekolah: akak nak pergi mana?
aku: akak nak pergi sentul. bandar baru sentul. salah eh dik?
budak sekolah: lah. akak patut turun dekat tempat saya naik tadi. depan sekolah saya.
aku: hahaha. itulah. sebab akak dah nampak rumah akak tadi. tapi tak tergerak hati nak tekan loceng. *kahkah*
budak sekolah: dah tu akak nak turun kat mana ni?
aku: entah. akak tak reti naik bas. 
budak sekolah: akak kena turun. lepas tu lintas jalan tunggu bas sebelah sana. lepas tu turun dekat tempat saya naik tadi.
aku: nak kena naik bas apa ni? rapid ke metro? nombor berapa?
budak sekolah: bas apa2 je. naik je. nanti lalu gak jalan yang sama. baik akak turun sekarang. ni dah jauh ni.
aku: ok2. akak kena turun sekarang lah kan? terima kasih ya dik. rajin2 belajar.


maka aku pun angkat punggung dan tekan loceng. turun, lintas jalan dan tunggu bas. masa tunggu bas tu, aku sorang je dekat bus stop. dekat belakang aku ada 2 orang tukang kebun duk pandang2. *takut*

buat muka ketat. ah muka aku memang ketat. haha.

dan ada lah dalam 6 buah bas aku biarkan berlalu begitu saja. aku tengok je bas-bas tu lalu. sebab aku tak yakin! kahkahkah. aku mundar-mandir. fikir bas mana yang bertuah.

tak boleh jadi.

bas metro berhenti. aku naik.

ok, kali ini aku dah mula menyampah dengan diri sendiri. aku boleh pandangkan saja bus stop yang sepatutnya aku stop. dan bas itu menuju ke chowkit.

ok, takpe. aku fikir kejap lagi aku turun kat sogo.

tapi tak!

sogo dah lepas!

bas tu bergerak ke central market pula. bila aku nak turun ni? argh!!! aku tak tau apa dah jadi dengan aku.

kring! hah! loceng. ada orang tekan loceng! inilah masanya. aku kena turun.

aku bangun. dan turun dari bas.

rupa-rupanya hati aku nak turun  dekat masjid india. heh. busuk gila perangai aku hari tu. otak macam duduk dekat lutut.

terpaksa lah menapak ke sogo. dan naik lrt sampai ke rumah.

hanya kerana tak mahu tekan loceng. aku pemalu lah.

sadis dan memalukan.

4 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kahkahkah
aku faham perasaan itu serius !
macam aku naik teksi sini tetapi dia ikut jalan lain
nak cakap tak berapa pandai
tawakkal sahajalah
kahkahkah

nousya berkata...

haha sadis lah
menyampah

sosayokasa berkata...

aku pon malu nk tekan loceng wehhhh.haha

nousya berkata...

haha.entah apa2. salah event btl nak malu