Selasa, April 5

gembira

saya sebenarnya amat gembira selepas melihat pengakuan terbuka status seseorang di sebuah laman web sejak beberapa hari yang lalu. tidak. tidak. dua orang sebenarnya. sudah berkahwin rupanya. tapi di alam maya dan dunia ciptaan mereka sendiri. seakan kurang percaya, saya terjumpa pula beberapa keping gambar yang salah satunya berlatarkan bentuk hati. dan di dalamnya ada dua manusia. lelaki dan perempuan. berdua tersenyum. yang perempuan seperti gadis melayu terakhir. ah, itukan gaya bergambar tipikal perempuan sekarang. gembira ini kerana puas. kerana ada kekasih lama saya di dalamnya. dan saya melihatnya sambil tersenyum puas. perasaan ini seperti lega kerana terlepas dari kena tambat atau gari. puas!

dan ia tidak sama dengan perasaan gembira mendapat hadiah di hari jadi atau kerana keputusan cemerlang dalam SPM. atau dengan contoh seperti mendapat tahu najeb mati dihimpap rosmah. ahhhh. lega seperti baru lepas meneguk habis air bandung yang sejuk lagi menyegarkan. apa pun cara tafsirannya, yang penting saya gembira, puas dan lega. dan saya menaip sambil tersenyum simpul yang tidak ditahan-tahan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku nak tengok gambar tu.hahhaha
-wanimajidahali-

nousya berkata...

removed and blocked. sorry

layyinul berkata...

bagus!

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

* salute *