Rabu, April 6

hilang

aku rasa seakan-akan hilang pertimbangan hari ini. tercari-cari juga mana perginya aku. kenapa dengan aku? apa yang baru aku buat tadi? apa yang tak kena? berapa banyak silap aku dah buat hari ini? esok apa lagi aku buat? mana hilang sedar aku? mana aku tinggalkan malu aku? adakah pada tapak kaki? nasib baik tadi ada dua kawan-yang-boleh-lead-aku-ke-syurga- seperti dilempang di muka aku pun tersedar. dan nasib baik aku hilang tak lama. aku dah jumpa semua yang hilang. sedar, malu, aku. aku tak tetap. aku rasa hari ini aku paling terkebelakang. kalau hari-hari lain ada yang menapak sedikit ke depan itu pun tidak banyak. cuma setapak dua. kemudian ke tempat asal semula. dan tetap di situ. goyah. ampuh.

berdarah.

Tiada ulasan: