Selasa, April 19

an improper bon voyage

salam alaikum.

awak, saya paling tak suka minggu exams. sebab awak dah mula cuti. saya tengah struggle study. jadi kita tak boleh jumpa. saya asyik tengok kalender tiap kali duduk dekat meja study. fikirkan tarikh untuk kita jumpa. 18 april dah makin dekat. dan bila saya dah habis exams dan dah mula cuti, awak tak ada pula ajak saya keluar sama. saya pun tak kisah sangatlah sebab mungkin awak sibuk siapkan barang semua, kan? 

2 minggu before 18 april awak tanya di ym.

awak: qien, cmne nak jumpa ni? aku nak g da
saya: booo
awak: asal kau boo?
saya: kau nak bla, kau bla je la. haha. jahat tak?
awak: haha. ok fine
saya: :'(
         :/
         mar.....macam tak sempat jumpa lah. aku ingat nak jumpa masa kau fly je.
awak: hmmm, ok.
          :(

2 days before 18th april.

hari tu, saya pergi cari hadiah untuk awak. serius tak tahu nak bagi apa. apa yang saya tahu, saya kena cari benda2 comel. sebab saya tahu awak suka benda2 macam tu kan? saya pun belilah satu benda ni. tapi bila balik rumah, saya fikir tak nak bagi awak benda tu.

sehari sebelum 18 april.

saya pergi cari hadiah yang lain. letih. tapi kali ini saya puas hati. sebab kita ada benda yang sama.

18 april

pukul 4 petang saya naik train ktm sampai ke nilai. dari nilai naik bas ke klia. maghrib baru sampai. lepas solat, saya jalan-jalan dalam klia cari awak. saya nampak awak dengan mama, kaklong dan angah awak. yang lain tu saya tak kenal. mesti relatives awak la kan. saya tengok je dari jauh. saya ikut awak senyap-senyap dari belakang. memanglah dari belakang. tak kan depan pula kan. hee. saya panggil awak. "siti !" awak pusing. berlari ke arah saya. *peluk* awak tahu, mata saya bergenang masa tu. *kawal-kawal*

saya ingat awak pakai kot. baru nak tengok awak pakai smart2. awak pakai jaket mara je. hehe. baru saya tahu yang pakai kot tu budak-budak jpa. ooooh. tak apa. awak masih comel. 

lepas tu awak pergi jumpa kawan-kawan awak. saya menjauh dari situ. lama awak borak dengan dorang. then saya datang dekat sambil pegang hadiah comel yang saya beli tu. awak pusing. muka terus berubah menjadi lebih ceria. alhamdulillah, awak suka.

awak bawa saya pergi jumpa family awak. salam mama awak. borak-borak sikit. lepas tu kita ambil gambar. saya kena rendahkan badan. kalau tak nanti tak balance dan nampak tak mesra pulak. ya lah, awak kan rendah-rendah comel gitu. saya perhati je awak. macam tak percaya awak nak pergi. jauh. lama. saya risau. awak kecil sangat. boleh ke survive nanti. kena buli macam mana? *mata basah*

lepas tu saya nampak awak pergi mana entah. saya ikut. tapi awak hilang tiba-tiba. saya tak nampak awak. tak apa lah. mesti awak jumpa kawan-kawan awak kan? saya mesej awak, kalau dah nak gerak nanti bagitahu cepat-cepat. awak tak reply. saya tak nak call. tak nak ganggu. awak busy.

letih cari awak tak jumpa. family awak pun tak ada dekat tempat duduk tu. saya duduk makan biskut. tak lama tu awak mesej.

qien, aku da g !! :'(

sentap. saya ingat awak main-main je. saya called. 

saya: mar, kau kat mana?
awak: qien, aku kat dalam train da.
saya: seriuslah. dah pergi? betul ke?
awak: ya. aku salam-salam tadi tak nampak kau pun. kau pergi mana?
saya: asal tak tepon aku? aku tak balik lagilah mar. *air mata mengalir perlahan, laju dan berjurai-jurai tak ikut tempo*
awak: ..................  *saya rasa awak tengah tahan tangis masa ni*
saya: aku tak nampak korang dekat tempat duduk tadi. aku ingat korang g solat ke makan ke. kenapa tak call aku? *teresak kecil* 
awak: aku tak tengok phone pun qien. dalam train ni baru aku tengok. 
saya: hmmmm. *menangis* kau nangis tak? haha
awak: tak lawak lah qien.
saya: ok2. hmm. ok lah. nak buat macam mana. sorry weh. tak salam kau pun. jaga diri. baik-baik hidup. *cari tisu*
awak: ok. thanks. 
saya: ok lah. kau nak briefing kan. assalamualaikum.

hancur luluh hati saya. terkilan sungguh. saya dapat jumpa awak dalam 30-40 minit je. entah-entah tak sampai pun 30 minit. berapa potong ayat je yang kita borakkan. tak tau nak kutuk diri sendiri apa lagi. padan muka diri sendiri. marah pada diri sendiri. nasib baik dah bagi hadiah.

saya pergi ke anjung tinjau. duduk situ. sambung nangis. 

awak called lepas habis briefing. 

awak: aku dah habis briefing.
saya: kau boleh keluar tak dari situ?
awak: ha? mana boleh.
saya: ada tak apa-apa inisiatif untuk keluar dari situ?
awak: tak boleh la qien. orang yang briefing aku tadi kata tak boleh keluar dah. dah lah. tak yah lah nangis. nak buat macam mana. kau datang dari jauh kot. naik bas. tu dah kira ok dah. dah2. lap air mata.
suara awak tenang. emosi saya ok sikit. saya pun tak nak awak nangis. jadi saya stopped.

11.35 malam awak fly. saya masih duduk di anjung tinjau waktu tu. walaupun saya tau saya tak boleh nampak awak.

pukul 1 pagi saya cari tempat tidur dalam surau klia. sejuk. baring. lelap mata. segala kenangan zaman budak-budak bermain-main dalam otak. buka mata. air mata jatuh. benci perasaan tu. tidur saya tak lena sebab bising. ada kerja drilling. dengan makcik2 berdengkur di kiri kanan. macam pertandingan pula. masing-masing berlawan dengkuran siapa paling kuat.

tapi bila fikir balik. awak cakap tiap-tiap tahun awak akan balik. lega sikit hati. ya lah. nak sedih sangat kenapa kan? awak tetap akan balik. skype ada. 

lepas subuh saya balik naik bas. dalam bas mata basah lagi. mengada-ngada.

tak seronok lah cara awak pergi. tapi saya rasa macam awak bawa sekali separuh dari diri saya. separuh jiwa saya ada dengan awak dekat sana, kan? haha. ah, rindu.

siti mardiah johani sahabat ketat saya dari lima tahun sampai akhir hayat, insyaAllah. moga dapat survive dengan comel dekat sana. tolouse, france. bukan main lagi. nak france je. jaga diri. jangan lupa aku. 



terima kasih banyak elwani majidah ali sebab teman ke klia.

Tiada ulasan: