Isnin, April 25

lelaki yang entah apa-apa

anon mana yang suruh aku update?

dalam hidup aku, ada lelaki yang aku copkan sebagai 'lelaki yang entah apa-apa'. we were friends back then. tapi disebabkan satu kesilapan, aku tak ada hati nak mengaku dia sebagai kawan. mula-mula susah. yang penting jangan paksa diri untuk buang dia total. sekarang nak ingat tentang dia pun dah jarang sangat. kadang-kadang terlupa terus.

bila aku keluar, tempat-tempat yang aku pergi dan jalan-jalan yang pernah aku lalu dengan dia dulu, bayangan muka dia mesti muncul. aku benci suara dia, aku benci tawa dia, aku benci apa yang dia pakai, aku benci bau dia. pendek kata, aku benci semua tentang dia, sekarang.

aku pernah membayangkan jika satu hari nanti aku terserempak dengan dia. mungkin waktu itu dia bersama dengan kekasih dia. atau dengan kawan dia sekalipun. atau boleh juga dia seorang diri. aku rasa waktu itu, jantung aku pasti berdegup laju tak ikut beat dan seperti nak tercampak keluar dari jasad. cepat-cepat aku neutralkan denyutan jantung seperti sediakala. dan kemudian aku akan berlalu laju. pergi jauh dari dia. jangan sampai dia nampak aku. jangan panggil aku. jangan panggil aku.

atau mungkin juga aku akan datang dekat pada dia. berdiri betul-betul depan dia. pandang tepat pada mata dia. ada dua kemungkinan. yang pertama aku mungkin akan lempang muka dia sekuat hati. aku rasa sekali pun dah cukup. yang kedua, aku mungkin akan tumbuk perut dia sekuat hati. sekali sudah mencukupi. yang penting sekuat hati.


ada sebab kenapa aku gelarkan dia lelaki yang entah apa-apa.

2 ulasan:

nailah.mohdsahri berkata...

o mak i.
rilek2 qiqie
hehe

nousya berkata...

haha :D