Sabtu, Mei 21

anugerah

apa yang kau dapat sebaik keluar dari kotak rahim?

dia;
yang kau lihat sebaik celik mata
yang kau dengar sebaik terjaga
yang menyentuh kau lembut sebaik kau melihat dunia
yang melabuhkan ciuman pertama kau
yang menyuapkan kau hidangan pertama
yang menjadi guru kau yang pertama
yang pertama menyayangi kau sepenuh hati
sampai akhir nafas, waktu dan nyawanya



kau tetap di hatinya
dialah wanita agung
bonda.


1 ulasan:

seminggu sekali berkata...

indahnya puisi kau.

aku suka.