Isnin, Mei 9

hari-hari

hari-hari aku ada perkara untuk diceritakan. tapi aku tak tahu nak ceritakan pada siapa. aku hilang orang yang selalu mendengar. yang selalu ada pula telah jauh. yang dekat berpaling pada yang lain. yang lain macam tak sudi.

hari ini aku rindukan mak. terlalu rindu. aku masuk ke bilik mak. mak tengah baring bersedia untuk tidur. aku rebah di perut mak. mendengar bunyi perutnya. di sini lah tempat tinggal aku suatu ketika dahulu. aku rasa nak peluk mak kuat-kuat. biar lepas rindu. tapi aku tak buat. kami berbual pendek. tentang aku yang letih. tentang aku yang nak tidur hingga hari mati dan tentang aku yang gagal. aku tak senang bila mak mula menyebut-nyebut nama sahabat aku yang lelaki. jadi aku tinggalkan mak memberi dia ruang untuk tidur. mak, adik rindu mak. ya, aku masih belum mampu menukar panggilan adik kepada kakteh/ateh. 13 tahun aku membongsu. aku belum biasa. whatever. bila agaknya aku boleh?

masuk hari ini sudah tak terkira berapa banyak kali aku dengarkan sort of by ingrid michaelson. penagihan lagu memang tak elok untuk jiwa, sayang. lepas ini aku nak dengar lagu nur syahadah pula. biar terdidik jiwa.

aku letih bekerja. letih. letih. aku masih tak pasti tentang keputusan sendiri. lepas ini aku akan berulang dari sentul ke gombak untuk kelas. kemudian ke tempat kerja. aku letih. letih dengan kunjungan customer yang tak putus-putus. aku letih melayan kerenah pelanggan. aku letih disuruh itu dan ini. aku letih memberi senyum tanpa henti kepada customer, colleagues dan kepada semua yang memandang. aku benci hari-hari bekerja yang sehingga malam. aku benci melakukan kerja-kerja untuk closing. tapi, sedikit sebanyak aku sukakan kerja aku. boleh makan pretzel hari-hari. boleh teguk air-air mahal seperti mocha, blue raspberry, lemonade dan passion fruit hari-hari. boleh tapau bawa balik bagi seisi keluarga. tapi tak kan lah  hari-hari tekak aku nak telan roti. sedih juga bila balik dari kerja nasi dan lauk sudah habis. sedih tahu.

aku tak tahu kenapa aku selesa berbual dengan orang yang aku tidak kenal. ini perkara baru yang aku noticed. berbual tanpa perlu bertentang mata adalah sesuatu yang seronok bila perkara2 random dibualkan. hey, can i pick you to be my listener, mister?

dan sekarang bila dah bekerja, aku kurang makan nasi dan kurang mandi. HAHA. maksud aku, aku kurang masa untuk mandi. tapi masih punya banyak masa untuk online. sungguh lagho.





p/s: sungguh saya nak belajar editing dan photographing. ajarlah saya T.T

2 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

mandi pun kau nak korbankan
agak-agaklah
kahkahkah

nousya berkata...

itu biasa haha