Rabu, Mei 18

jujur aku kata

aku tak ada apa untuk beri pada kau. aku tak peduli biarpun sudah lama kau menunggu di sisi parit rumahku. bukankah aku sudah katakan yang kau tak lagi aku perlukan. kau sendiri yang berkeputusan untuk mencari bahagiamu yang kau tak jumpa denganku. lantas sekarang kenapa kau muncul? ditinggal kekasih baru?

kenapa bila kau dah aku lupakan kau datang kembali dengan kenangan lalu? segala yang telah aku lupakan kau senang-senang saja pamerkan di mata aku. sekarang naluri aku untuk berterus-terang sebab memang aku begini. aku tak suka ditahan-tahan untuk aku utarakan sesuatu.

aku kalau tidak suka maka tidak sukalah. sekarang aku nak cakap yang aku tak suka kau. aku tak suka kau ada di sini. aku tak suka kewujudan kau dalam hidup aku. aku tak suka semua tentang kau.

kenapa? terkejut dengan tajam lidah aku? aku bukan lagi seperti dulu. yang menjadi si pengangguk kepada setiap kata-kata dan suruhan kau. aku dah lain. terima kasih juga kepada kau sebab menjadikan aku seperti ini. aku juga sudah bertemu kekuatan untuk melupakan kau. kekuatan untuk tidak mempedulikan kau. terima kasih. aku sendiri tidak menyangka yang aku boleh sekuat ini.

sekarang apa lagi kau nak kata? sudahlah. esok aku ada kelas. duduk sini dengan kau apa pun tak dapat. aku nak tidur. nak kira biri-biri dalam lelap.

Tiada ulasan: