Rabu, Mei 18

kamcet: sempena url baru

akibat tak ada idea nak letak url apa maka nama kucing diberi. kamcet. janganlah berasa pelik atau geli dengan nama kamcet. sebab kamcet adalah memori saya. kucing saya.

kamcet datang pada saya di pagi hari. ketika itu saya sedang menyidai baju-baju untuk dijemur. banyak kali dia asyik miaw je. dia ikut saya masuk rumah. nak halau tak sampai hati. nak terajang itu bukan saya. jadi dia dibiarkan masuk ke rumah. ketika saya sedang mengunyah kerepek, kamcet pandang tepat ke mata saya. saya beri dia kerepek. dia makan. sampai habis. lepas makan dia dihantar ke luar rumah. saya tinjau di celah tingkap. kamcet masih di situ. tidak mahu pergi. sayu pula tengok dia. saya buka pintu dan kamcet masuk. maka sejak hari itu, kamcet kami bela. kamcet manja gila. apa yang bagusnya tentang kamcet ialah, dia akan makan apa saja yang kami makan. pau, roti, kuih raya, muruku dan sebagainya. dia langsung tak tolak. haha.

saya sayang kamcet. pagi-pagi lagi dah masuk bilik saya. kejut saya. kalau saya tak bangun, dia akan baring sebelah saya. dia suka tidur atas katil saya. sedap agaknya. bila kami pindah ke kl, kami bawa dia. masa dalam perjalanan, kamcet jelajah satu kereta. dia pelik agaknya. ataupun takut. kasihan tengok. sampai kl, kamcet ada musuh. ada seeekor kucing oren bunting selalu datang rumah kami. makan makanan kamcet. saya rasa rumah yang kami duduk sekarang ni adalah tempat lepak si oren bunting tu lah. sebab tu kalau dia nampak kamcet, dia terus mengamuk. kasihan kamcet kena serang. dan hingga hari ini si oren bunting masih hidup dan selalu merayau di sekitar rumah saya.

kamcet ada boyfriend. dating punya pasal sampai mengandung. kihkihkih. mak kata kasihan dia masa nak beranak tu. maklumlah kamcet kan first timer. haha. memang seperti kucing nak beranak lah. kamcet dapat 3 ekor anak yang comel. tapi putih mati selepas beberapa jam dilahirkan sebab adik saya lambung dia dan terjatuh ke tanah. kejam kan adik saya? haha. maka tinggallah dua beradik iaitu bubu dan nining.
hai. saya kamcet.
yang bertali pusat; nining. yang menyusu; bubu.






tapi bubu hidup tak lama. dia mati selepas enggan makan dan duduk berseekoran di dalam longkang kering. maka tinggallah kamcet dan anak tunggalnya nining.
r.i.p bubu.
tak lama lepas tu, kamcet hilang. lama kami tunggu dia balik. cari dia merata-rata tak jumpa. saya sorok sedih saya. saya rasa macam saya seorang saja yang sedih masa tu. kamcet tak balik dah. entah mana dia pergi. mati ke? orang ambil? merajuk? kena telan dek musang atau ular? oh ya, rumah saya ada musang. 

jadi yang tinggal cuma nining. nining pengganti kamcet. dia sama dengan kamcet. suka tidur dengan saya. tapi nining kucing jantan yang penakut. selalu juga saya kutuk dia. saya kata dia bapok dan pondan. tikus lalu pun dia cabut lari  -_____________________-  nining loser. tak apa, saya sayang dia.

nining selalu buat hal. hilang tiba-tiba dan kemudian kami jumpa dia di atas bumbung sekolah belakang rumah. abah telefon bomba nak bawa dia turun. kahkahkah.

nining hilang lagi. kali ini dia hilang terus. tanpa muncul lagi. nining dah tinggalkan saya. saya rindu dia. 

maka tamatlah legasi kamcet. 

saya rindu semua kucing-kucing saya.

Tiada ulasan: