Isnin, Mei 2

makcik ani

assalamualaikum. minggu pertama bekerja sudah lepas. and my colleagues are:
  1. kak mas - indonesian. married. dia yang mengambil saya bekerja. hehe. she's a supervisor ! tak suka senyum. penat saya melawak tapi muka dia ketat je. stress agaknya. kak mas comel bila senyum nampak gigi. jadi senyumlah banyak-banyak, kak mas. ngee.
  2. kak ida - funny woman. married. selalu gelak dengan dia.
  3. wani - 19. student asasi um. course ukur bahan. in english, quantity surveying eh? entah. newbie. mula kerja sama dengan saya. she's a full timer. gila rajin kan. kuat bekerja. tak macam saya. pemalas.
  4. kak shelly@sharifah - a filipino. revert. funny woman. single. talks a lot about marimar. haha. i like her english accent lah, nampak benar phillipine dia. kena speaking dengan dia sebab dia tak pandai sangat bahasa melayu. dia kerja di the mall sebenarnya. ikut suka dia lah nak kerja mana. sama company juga kan. datang malaysia secara legal. haha. semua saya dah siasat. why revert? do you find peace yet? 'not yet,' she answered. heh.
walaupun saya part timer, kerja hanya empat hari seminggu, tapi letih la juga. tekanan haruslah ada. lagi-lagi bila deal dengan customer yang minta carutan dalam hati. hehe. banyak bersabar. customer saja yang betul. tak suka customer yang bukan malaysian. tak paham bahasa. lepas tu nak marah tak pasal-pasal. sabar lagi sekali. setakat ni ada la 2 3 kali agaknya berhadapan situasi begini. tapi saya cuma senyum kepada customer tersebut. bagi senyuman yang paling manis sekali. walaupun senyuman saya tidaklah semanis senyuman anda. suka customer dari arab ! setakat ni lah.

setakat ni dah dua kali shot duit. tak tahu silap siapa. but mostly yang jaga counter saya dengan wani. ini yang paling saya tak suka. bila shot kena top up duit tu dengan duit sendiri. menyampah menyampah. gaji dah la ciput. lepas tu nak kena cover sale. huh ! first shot RM 55 tak silap. masing-masing bayar RM 12. second shot semalam. RM 20. saya bayarkan dulu untuk semua. sebab yang lain pun tengah pokai. tak sukanyaaaaaa. teringat dulu masa kerja pizza pun pernah macam ni. tapi itu lagi teruk ! sebab dah tahu silap siapa. memang tak boleh lari dah. haha. kering poket beb. sobsob. tapi kerja sekarang tak tahu salah siapa. sebab banyak tangan. semua jaga counter. tapi yang banyaknya saya dan wani.

saya tak dididik untuk buat pretzel. mungkin sebab saya part timer? bias ! haha. tak kisah pun. mana lah tahu nanti kalau saya buat, pretzel tu tak menjadi. wani dah pandai buat dah. ah, jeles? ya ! sebab macam sedap je pegang tepung tu. tak kisah tak kisah.

saya kerja khamis hingga ahad saja. jadi kalau ada yang nak ajak saya keluar pergi mana-mana, book early to avoid disappointment, k. haha. inform saya awal-awal. kalau boleh hari yang saya tak bekerja tu saya nak tidur dan makan banyak-banyak di rumah. :DD

kenapa agaknya saya ramai kenalan yang bernama wani? hmmm. why why?


Tiada ulasan: