Selasa, Mei 24

sifat aku banyak

aku nak minta maaf pada semua yang membaca isi blog ini. sebab aku sendiri tak faham dengan apa yang aku tulis.

ada yang minta aku tuliskan tentang aku. apa lah sangat yang hendak dikongsi tentang diri yang tak seberapa ni. jadi untuk tidak menghampakan aku cerita juga lah. sikit pun jadi lah kan.

aku tak cantik. muka penuh dengan jerawat. perut aku boroi. kerja aku makan minum tidur. tak lupa juga melepet atas sofa dan katil. sudah tentulah aku ini pemalas. nak gerak ke bilik air untuk mandi pun tak larat. maklumlah boroi. ada orang kata aku sombong. tapi bila dah kawan tak sombong pun. aku muka bengis. mungkin sebab itu dicop sombong. ada orang kata aku suka marah-marah. aku nak betulkan sikit. aku marah sekejap saja. lepas itu aku lupa. betul. yang penting jangan ingatkan aku. nanti hati aku panas balik.

umur aku dah lanjut. cita-cita banyak. tapi aku nak jadi penulis. aku rahsiakan cita-cita ini sebab nanti semua orang gelakkan aku. maklumlah bahasa melayu pun failed apa lagi english.

ada yang kata aku pandai menulis. ada yang kata aku cantik. tapi aku rasa semua itu ayat-ayat nak menjatuhkan aku. ayat-ayat nak menghina aku. aku tak percayakan pujian. muahahaha

aku suka berkawan. tapi bila kawan buat aku macam tahi, aku hilang hormat pada dia. jadi aku lebih suka bersendiri. melayan suara minda dan hati. bila aku lapar jangan cari pasal dengan aku. ada kebarangkalian aku akan mengamuk. aku suka bercakap tentang perkara-perkara random. sebab aku rasa seronok.


apa lagi? hmmm, nanti-nanti lah aku sambung.

oh btw, jangan percaya sangat dengan apa yang kau baca. keh keh.

1 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kau memang boroi kahkahkah