Rabu, Jun 15

20 tahun lalu,15 jun,4.45am saya meninggalkan kotak rahim ibu

saya baru selesai membuat nota untuk islamic worldview sempena exam mid sem esok. namun saya belum mula menghafal lagi. 

usai membuat nota, saya ke ruang depan rumah. duduk di sebelah almari buku. saya ambil album gambar lama. selak-selak. banyak betul gambar semasa kecil. tersenyum seorang diri. lama betul tak belek gambar-gambar ni. baru tersedar yang saya dah tua rupanya. comel sungguh aku, kata hati saya. 

selamat dalam pegangan abah

cantik gigi abang hehe

"siapa comel angkat tangan!," kata abah

jangan menangis, sayang

hey you all

-____-

mak cantik
tidak dilupakan edisi terbaru keluarga kami

alhamdulillah. syukur. pagi tadi bangun dari tidur disebabkan dua sebab. yang pertama, Allah masih memberi saya peluang untuk hidup dan perbaiki diri. yang kedua, suara mak yang menyanyikan serangkap lirik dari lagu selamat hari jadi.

terima kasih semua yang memberi ucap selamat. baik rakan-rakan di malaysia mahupun yang di luar negara. mesir, paris dan rusia contohnya. sayang anda semua <3

ada yang tanya nak hadiah apa. tak reti diri ini untuk menjawabnya. maklumlah tak pandai nak demand. keh keh keh. sebenarnya saya tak nak hadiah. saya nak minta benda yang senang saja. duit. dan kalau boleh makanan. kedua-duanya penting kan? abah tanya apa yang saya wish kan. saya diam dan saya kata, rahsia. ngehehe.

sedikit karya sempena pertambahan umur. selangkah kepada hari mati .

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…
Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.”


cewah ! terima kasih tumblr untuk karya agung ini.

saya minta bahagia, kematangan, hidayah yang berpanjangan, kasih sayang insan tersayang [Allah terutamanya], nikmat syurga and above all, i want to make my parents proud of me. someday. dan banyak lagi yang tak dapat di list di sini. moga Allah redha. moga Allah makbulkan. 



sekarang mana nak cari kek yang murah dan sebesar ini


3 ulasan:

NidzamYatimiRamli berkata...

ingat ke tgh bulan tgh tahun dan masa pun TENGAH HARI juga..aha..

selamatlah sekali lagi ya..

nousya berkata...

silap timing mungkin

terima kasih !

seminggu sekali berkata...

moga termakbul lah segala hajatmu.

selamat buat ke sekian kalinya :)