Jumaat, Jun 24

ada perempuan nama lily

peluang berkomunikasi dengan penulis adalah benda baru dan memang rare bagi saya. sekali dapat peluang rasa macam, WOW! walaupun respon yang diharapkan begitu lama untuk direspon. tapi, sabar adalah kuncinya.
*
*
*
ada perempuan nama lily. belajar tinggi tapi masih tak tahu nak jadi apa lepas graduasi kelak. bidang yang dipelajarinya bukan yang diminatinya. acapkali dia mencipta ayat-ayat rebel. dan hari-hari dia akan ulang.

bukan ini yang aku minat.
aku suka seni.
aku suka menulis.
aku suka menulis.
aku suka seni.
aku suka menulis.


kurang-kurang dengan kekaburan masa depannya, dia pasti tentang satu benda. dia mahu menulis. dia memang sudah menulis. tapi setakat itu sajalah. karyanya hanya untuk bacaannya seorang. bakatnya yang  tak seberapa hanya di takuk itu.


ada perempuan nama lily. belajar tinggi tapi masih tak tahu nak jadi apa lepas graduasi kelak. bidang yang dipelajarinya bukan yang diminatinya.


nota kaki: ada projek besar. tengah bungkam. kerja keras. kerja keras. sebab ini yang 'lily' minat. kehkehkeh.

3 ulasan:

MofarRahman berkata...

cam tahu je sape 'lily' tu!

nousya berkata...

siapa?

aziellah berkata...

yang tak minat pun,
masih terpaksa dibuat =,=

akulah lily itu