Selasa, Jun 28

aku tak kisah sangat

semalam punya harapan
aku dah berusaha ke arah itu
hanya tinggal Dia untuk jadikannya nyata

aku tetap nak kata
yang aku cuma ikut aliran
ke mana ia bawa aku, aku ikut

ada masa aku menyimpang
aku fikir aku betul, tapi tidak
perkara yang aku fikir elok boleh jadi buruk

usaha sudah
berdoa sudah
tawakal juga sudah

"lu kena istiqamah."


baik atau buruk sesuatu itu boleh mengajar aku untuk tidak terlalu berharap. benarlah ada yang kata,

jangan terlalu berharap.
bila kau berharap, kau akan melayang tinggi ke tingkat 11.
dan kalau sekali harapan itu musnah, kau akan jatuh berderai.
tanpa harapan yang terlalu tinggi, kau mungkin akan jatuh dari tingkat satu.
paling-paling pun, kau mungkin akan patah tangan.




don't hope too high, pray much.



"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah: 216]



nota kaki: kalau lu tak terima apa yang gua bagi, gua tak kisah sangat. apa yang gua bagi tu pun cikai je. [kehkehkeh]