Selasa, Jun 21

demam pertama di usia 20

saya ingat bila dah tua ini, tak adalah demam yang teruk. salah persepsi saya. makin tua makin mengada-ngada badan ini. suhu badan tak ada lah panas sangat. tapi hidung saya dah merah macam baru lepas kena tumbuk pun ada.

'haccchoo!'

semalam dapat lena 2 jam saja. berpusing kiri dan kanan. terbersin beberapa kali. batuk-batuk. akhirnya terjaga pada 4.51 pagi. kalau dah terjaga memang susah saya nak tidur semula. jadi saya masuk bilik air, mandi.

perjalanan ke uia terasa sangat lama. hidung yang berair betul-betul buat saya tak selesa. masuk kelas terangguk-angguk dengar madam cakap. sapu tangan dah mula lembab dek hingus. eeeee

balik pula sama saja. lama. terlelap dalam bas metro. itu perkara biasa. saya turun di jalan apa entah nama dia. tidak seperti biasa saya akan turun depan sogo dan naik elarti. kali ini saya kena menapak sedikit hingga ke masjid sentul. kurang-kurang jimat duit tambang naik elarti RM1.40

bayangkan dengan kepala berat, hidung berair, dalam keadaan rimas dan tak selesa saya tak berapa alert dengan kereta yang laju menderu-deru. tersilap langkah, saya boleh tersadung dan mungkin digilis kereta. tak lupa juga faktor baju kurung yang dipakai. baju kurung pahang. kecil saja bukaan langkah saya. lambat betul saya berjalan  -__________-

habis satu peket strepsils saya telan. tapi ubat selsema saya tak telan pun. buat-buat tak nampak ubat dalam freezer heeee

6 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

strepsil untuk sakit tekak bukan selsema

nousya berkata...

sakit tekak sekali

MofarRahman berkata...

alolololo. jaga la diri wei. aduh..

nousya berkata...

baiklah bakal-bakal doktor !

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

sebenarnya aku nak tanya
baju kurung pahang macam mana bentuk dia ha ?

nousya berkata...

entah. kain dia sempit sikit agaknya. google sana