Rabu, Jun 29

hopeless

cinta zaman ini atau cinta nafsu hanyalah satu eksperimen. tak perlulah sugul hingga ingin menamatkan hidup sendiri. ok?

aku dapat sms hopeless dari emy.
perempuan ini terlalu lembut orangya. sampai aku tak boleh nak berkau aku dengan dia.
"dia tpu kte. slme dia cple dgn kte, dia ad prmpn len. dia x bg kte call dgn sms dia lg. dia kte dia x blh trme kte da. dia lbh syg kn prmpn 2."

aku baca sambil berkerut-kerut kening. mungkin sebab tak sampai mesejnya dalam otak. hati aku panas dek marahkan lelaki yang sanggup menyakitkan hati lembut emy. aku jadi pelik. aku jarang bercakap dengan emy. tapi ada juga dia bercerita tentang cerita cintanya, itupun tak detail. aku kurang faham kenapa emy menjadikan aku tempat untuk dia berduka.

sms hopeless lagi dari emy.
"kte x blh lpe kn dia. da lth kte ngs. dia srh kte buang brg2 kngangn kitorang. nape dia wt kte cmni? pe kte nk wt?"

aku baring selepas membaca sms kedua. dada aku jadi berat seperti ada batu-batu menghimpap. nak saja aku membalas "nape tnye kte?", nanti terguris pula hati emy.

aku fikir lama dan dalam-dalam. butang henfon aku tekan-tekan mencipta ayat yang konon-kononnya matang. ayat yang aku susun aku padam. argh! kenapa tanya aku? sejarah relationship aku sendiri gagal dan terlalu ciput. dulu masa aku terluka dek cinta pun aku cari orang lain untuk lenyapkan rasa sakit.

nah, bila ada yang mencurahkan rasa sedih kepada aku, aku jadi gelabah. takut tak dapat menenangkan hatinya.

akhirnya, aku tak balas sms emy. aku tertidur akibat memikirkan ayat-ayat untuk bagi emy tenang. bila aku terjaga, aku rasa aku yang hopeless.

Tiada ulasan: