Selasa, Jun 7

jun 7

untuk ray


  1. dah dapat gaji. ada lah sekupang dua.
  2. kali ini saya belanja mak, abah dan adik makan besar. besar lah sangat. makan satay dan sebagainya       -tak suka satay- abah beria nak makan satay.
  3. lebihan gaji saya simpan buat bayar yuran short sem ni.
  4. tadi pergi beli seluar. sengaja cari saiz pinggang besar sikit sebab terasa gemuk pula sekarang. saiz pinggang rahsia.
  5. adik dah 2 minggu pisah tidur dengan mak. tidur dalam bilik saya dan kakak. kakak tidur sorang atas katil besar. saya dengan adik tidur katil single. saya atas adik bawah. 
  6. angah dah berhari-hari tak balik rumah. sibuk betul [konon].
  7. saya hanya mampu doakan rumah tangga abang dengan kak lin aman damai. kekal. hingga syurga.             [serius berharap].
  8. kawan saya mardiah nampak sangat bahagia di tolouse bersama kawan-kawan dan kekasihnya. sedangkan saya membanting tulang bekerja dan melepet di rumah. [kahkah]. sebenarnya cemburu.
  9. bekas kekasih atau bekas sahabat baik saya keep on bugging me with his mms,sms etc.                           [get a life,dude]. katanya empty without me. heh. *menyombong*
  10. hari ahad saya ke seremban. menghadiri majlis kahwin crush saya. perkahwinan abang elwani majidah ali [sahabat saya]. pelamin anganku musnah. haha gila.
  11. selepas majlis kahwin di seremban, saya ke batu kikir. kenduri kahwin sahabat. kami pergi berenam. classmates di SHAMS dulu. kd, aten, pain, aiman, saya dan kawan satu uia. dalam kereta asyik tergelak je. [pening kepala].
  12. terima kasih kepada elwani majidah ali untuk kenduri, makanan, kerepek dan ma'thurat. moga perkahwinan abangmu kekal hingga syurga.
  13. terima kasih juga kepada aliaa untuk kenduri, makanan, tumpang toilet etc. kampung anda cantik. saya suka. nanti saya datang bermalam dan kita boleh mandi manda di jeram tengkek. [heheh]
  14. untuk abul akmal arif. berjuang habis habisan untuk exam. at least bila balik malaysia nanti hati tenteram.
  15. untuk ray, jam atau apa pun nama anda. selamat mula sem baru. belajar baik-baik. dan jangan buli junior law. [kehkeh]

3 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

* sigh *
makan banyak-banyak lagi !
makan share aku sekali

NidzamYatimiRamli berkata...

hamboi..

"oi ambik utk aku air panas kat bawah tu.cepat sikit!"

ni contoh tidak sopan..
haha..

nousya berkata...

abul : bali malaysia cepat nanti makan sama-sama

jam: hahaha. nak buat apa air panas oi?