Rabu, Jun 8

pagi di kampus

-jun 7, HS cafe, uia 8.07 am-



di suatu sudut
ada teman sekuliah
yang bertemankan lawan jantina
sepinggan mi dan dua cawan minuman yang berasap

berbual kosong
bergelak ketawa
berkongsi makanan
berpandang-pandangan

sedangkan tulisan ini aku tulis
ketika berseorangan
memerhatikan mereka
sambil mengunyah sandwich tuna
dan meneguk habis milo panas





nota kaki: terlupa nak boikot milo/nestle.

Tiada ulasan: