Rabu, Jun 22

perempuan, mahalkanlah dirimu sedikit


kehadapan perempuan, moga sihat hendaknya.

bahagia hidupmu sekarang? ditemani kekasih hati? ditaburi kata-kata manis hari-hari? sudah di awangan ke tujuh? cinta mati pada yang belum pasti?

saya andaikan jawapanmu sebagai ya. ya adalah sebagai tanda kamu mengiyakan segala soalan saya.

perempuan,
melalui sedikit sebanyak pengetahuan saya tentang kamu, saya andaikan kamu dalam keadaan yang kalau orang educated panggil, head over heels in love with someone. kata mudahnya, cinta mati. sudah ke awang-awangan. betulkan?

perempuan,
kenapa dijaja keluh kesah pada yang selain dari penciptamu? kenapa merintih untuk dilelong hatimu? sudah cukup yakinkah kekasihmu si lelaki itu bakal menjaga hatimu tanpa sedikit calar pun?

perempuan,
mahalkanlah dirimu sedikit, sayang. beringat-ingatlah yang kamu punya harga. yang jika digadaikan dengan emas permata sekalipun, tak terbeli maruah dirimu.

perempuan,
bayangkan dirimu seperti sesuatu yang berharga. because the best and most beautiful things cannot be seen or touched. jangan khuatir kiranya dia kekasihmu si lelaki itu bukan untukmu. kerana yakinlah pada tuhan yang terbaik untukmu.

perempuan,
berhati-hatilah dengan hati. jangan diberi sesuka hati. bila nanti ditakuti dipulangkan dalam keadaan rabak, bercalar, luka berdarah, remuk, lunyai. kan dah merana dirimu.

perempuan,
cukuplah disimpan segala rasa di dalam hati. jadilah perempuan yang lelaki perlu, bukan jadi perempuan yang memerlukan lelaki.

perempuan,
jika aku minta kau tinggalkan cinta haram kau sekarang, susah tak untuk kau lakukannya? daripada kamu ditinggalkan, lebih baik kamu meninggalkan. sebab melihatkan keadaan kamu sekarang pun saya kira dihujung tanduk. entah esok atau lusa hati yang kamu beri itu bakal dikembalikan semula. kali ini hatimu tercalar akibat luka kecewa cinta tak dibalas.

maaflah sekiranya warkah ini membuatkan kamu tersentap atau terasa. tapi memang warkah ini untuk kamu pun, perempuan. ya, kamu. yang yakin kekasih katimu si lelaki itu cinta mati juga kepadamu.

jumpa lagi di lain warkah,
nousya.

*
*

seronok baca isi blog anda yang mencerminkan ketidakmatangan anda. nasib baik saya yang muda ini dianugerahkan sedikit kematangan. biarpun anda lagi tua dari saya. tak jadi nak maki hamun -tergelak sopan-
jadi berapa hargamu perempuan? mahalkah? mampu beli mungkin. seronok agaknya mempunyai boyfriend ya perempuan. bangga betul kamu kepada saya. kehkehkeh. saya sangat cemburu !

Tiada ulasan: