Isnin, Jun 20

semalam gua pergi klab-ing

assalamualaikum. baru siap entri yang panjang bertemakan dol. tapi dah berjam saya fikir balik, perlukah saya publish. ekekeke. jawapannya tak perlu. jadi dibiarkan sebagai draft. lame betul intro ini.

semalam pertama kali saya pergi klab-ing. bertemankan adik saya yang berusia 7 tahun dan sahabat saya, elwani namanya. ya, saya bawa adik. tak remaja betul. klab-ing di sini maksudnya adalah kl alternative bookfest. saja letak -ing. klab tersebut bertempat di annexe gallery. senang cerita di pasar seni. cakap omputihnya central market. nak lagi malas, CM.

memang dah lama berniat nak hadirkan diri ke event ini. sebab di sini lah terjualnya buku-buku yang underground dan freelance author. buku-buku mereka tiada dijual di kedai-kedai seperti MPH, popular, kinokuniya atau mana-mana kedai lagi. mereka buat bisnes dalam event ini atau melalui internet saja.

tulisan mereka pula sangat selamba. suka hati mereka nak tulis bagaimana. dan banyak buku-buku puisi. aaaaaa....saya suka. he

dapat lah bertemu author yang bernama aloy paradoks. walaupun tak dapat jumpa pipiyapong, aloy pun jadilah.


tq beb! belajar bagus-bagus dan kawin kata aloy. seperti biasa, saya malas nak habiskan entri ini. terima kasih dan assalamualaikum !

8 ulasan:

NidzamYatimiRamli berkata...

1st time dgr buku2 mcm ni. mana nak dapat eh? nk try2 usha juga sebarang dua..

kawin tak tahan.. aha

nousya berkata...

tunggulah next klab tahun depan.

:D

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Insya Allah boleh dapatkannya di Pekan Frinjan 22 atau cari Aloy Paradoks di Facebook

http://www.facebook.com/event.php?eid=216679628366406

terima kasih :)

nousya berkata...

oh anon. terima kasih

nizamsani berkata...

"walaupun tak dapat jumpa pipiyapong, aloy pun jadilah."

haha.aloy patut baca ni.

cantik juga tulisan tangan aloy ni ya.

nousya berkata...

hoho. omg. nizam sani follow blog ni
tulisan tangan aloy memang masterpiece

aloy_paradoks berkata...

gua jadi segan, keliru, nak meracau pun ada bila entry ni... hehehehehe... terima kasih....

nousya berkata...

haha sama-sama