Ahad, Julai 3

10 perkara best masa sekolah rendah

Assalamualaikum awak, awak, awak, awak dan awak yang pakai baju biru tu. dan awak yang tengah mengunyah tu. macam mana iman hari ni? turun naik atau maintain?

sebenarnya diri ini tak tahu nak tulis tentang apa. disebabkan hidup yang terlalu dull. tapi terima kasih kepada seseorang tu sebab bagi idea nak update blog lame ni. jadi apa 10 perkara yang best tu?

1. main
zaman kanak-kanak saya tak legend macam orang lain. dilahirkan sebagai seorang yang malas nak bergaul, tambah lagi jiran tak ramai. cuma ada seorang sahabat yang sudi berkawan dengan saya dan hey, dia duduk depan rumah je but now dah fly ke toulouse sana. sobsob. benda yang saya main dulu dan kekal hingga ke hari  ini adalah basikal. pernah satu hari tengah main tiba-tiba jatuh. terseliuh tangan. terus masuk rumah dengan perasaan sakit dan sugul. keh3. lepas tu pergi berurut dengan seorang nenek. dia punya urutan tu, peh nek ! sakit gila berjurai air mata dan hingus. kagum pada nenek tersebut. lagi satu game adalah badminton. gua champion beb -tipu- dan ya masih aktif bermain hingga kini. itupun main dengan wanita teragung, mak :) antara game lain seperti batu seremban dan -saya tak tahu nama game ni, tapi dia guna tali atau getah yang disambung-sambung- apa nama dia? dua games ni saya tak tahu main dan hingga ke hari ini saya rasa diri ini sangat lah bandar. sebab come on man, batu seremban adalah game wajib tahu bagi seorang perempuan kot. tapi tidak bagi saya. saya tak tahu main, batu tiga lah apa lah. bila kawan-kawan main, saya duduk tepi tengok. sadis.

2. makan
dulu masa sekolah rendah saya tak suka beli makanan di kantin sebab yang pertama, ramai orang. yang kedua, saya tak suka beratur dan berebut. ketiga, saya takut nanti makanan orang lain tertumpah pada baju. keempat, duit belanja yang abah bagi saya tak belanjakan tapi simpan masuk tabung. dan kelima, saya tak suka tempat bising dan sesak iaitu kantin. masa rehat saya duduk dengan kawan-kawan yang tengah makan, sambil minum air sirap. saya sebenarnya cemburu dengan budak-budak yang dapat RMT [rancangan makanan tambahan]. ya cemburu. sebab mereka keluar saja dari kelas terus ke kantin, makanan mereka sudah terhidang. tinggal lagi nak kena ambil dan sumbat dalam mulut je. lepas tu, menu RMT bukan main lagi. kadang-kadang mi kari. siap dengan buah. kalau tak tembikai, betik. man, gua jeles bro. kan bagus kalau saya dapat RMT. tak perlu berebut. tapi apa-apa pun sekarang makan dah jadi priority saya HA HA HA.

3. kawan
berkawan ni sebenarnya seronok. tapi, manusia berubah. kalau dulu berkawan tiba-tiba sekarang dah tak bertegur sapa. dan ada yang sampai membenci. ehem. saya tak adalah ramai kawan. tapi bila berkawan ni saya sehabis daya nak menjadi kawan yang baik.

4. belajar
saya tak suka belajar. saya pemalas. subjek yang paling saya suka adalah english. subjek yang paling saya tak suka adalah kira-kira. saya tak suka matematik. tolonglah faham. cikgu matematik tak pernah jadi favourite saya, kecuali cikgu abul. muahaha. saya tak suka PJ. tak suka tukar baju sukan. tak suka pergi padang. tapi saya suka lari ! waktu PJ adalah waktu yang sesuai untuk duduk di kelas dan tidur. ilmu-ilmu lain seperti ilmu mengaji adalah favourite saya. terima kasih mak, abah sebab hantar saya mengaji :)

5. sukan
jika anda fokus di nombor 4, maka anda akan faham bahawa saya tak masuk mana-mana sukan. apa-apa pun rumah hijau tetap champion biarpun tanpa saya! yay !

6. ada backup
sebenarnya tak faham dengan 'ada backup'. maksudnya kalau ada problem ada orang backup saya ke tak kan? jawapannya tiada. saya garang. saya pengawas yang berlagak. jadi saya tak perlukan backup. hahaha.

7. pakwe
pakwe tak ada. cuma crush. ada lah beberapa kerat. saya sendiri tak faham macam mana dalam usia yang begitu ribena, seseorang itu boleh melahirkan perasaan suka kepada seseorang. tapi bagi mereka yang pernah tercintan saya, saya amat berterima kasih kerana diri ini terasa disayangi pula. keh3-sila tampar saya- ramai sangat kalau nak cerita. peh, ramai sangat tu -cepat tampar saya- yang saya ingat, lelaki pertama, masa darjah lima kot. tak ingat nama. saya datang sekolah, dia datang ke meja saya dan meletakkan satu kotak kecil berbalut. dalamnya ada lilin dalam cawan. -gua sumpah tak layan hadiah-hadiah begini, bagilah duit ke, makanan ke, barulah gua layan- saya tolak cinta dia elok-elok. kah3. lelaki kedua, ini berlaku sekejap cuma. sewaktu darjah tiga. budak ni muka macam won bin [pergi google] which is hensem la. beberapa hari sebelum dia pindah sekolah, dia kacau saya sampai saya jadi pelik, tak faham apa motif dia. saya tak tahu dia nak pindah. tapi bila dah lama tak nampak dia di sekolah dan ada yang cakap dia dah tukar sekolah. perlahan-lahan hati ini terasa sedikit kehilangan. man, saya dah kehilangan won bin. tapi ada sehari tu, saya nampak dia. takut tersalah orang, saya perhatikan je. saya yakin itu dia. segan nak tegur dan dia pun tak perasan saya, jadi saya biarkan dia berlalu pergi. dan ya, dia masih hensem seperti won bin. lelaki ketiga, ketika di darjah enam. -gua malas nak cerita sebab drama sangat- apa-apa pun, kekasih saya ada di masa hadapan, dia adalah suami saya. wondering kalau saya dah pernah berjumpa dengan dia atau tidak. hmm? -bukan main panjang lagi ya nombor 7 ni-

8. bulan puasa
mula belajar puasa ketika entah umur berapa. curi-curi makan dengan kakak. kah3. bila mak buat kuih raya, kami curi, masuk bilik, telan. bila mak goreng ayam....-faham-faham sendirilah- bila haus, masuk toilet, mendiamkan diri, minum. pergi ikut mak ke surau, bukan nak buat terawih. tapi tengok budak lelaki berkejar-kejaran.

9. cuti dan masa
tak ingat apa yang dibuat dulu. tapi apa yang pasti mesti perkara yang tak mendatangkan faedah. tidur misalnya.

10. raya
saya bukan jenis budak yang pergi ke rumah orang semata-mata nakkan duit raya. dulu raya sangat seronok. berkumpul dengan saudara mara di kampung memang indah zaman tu. tapi sekarang atuk dah tak ada jadi kami dah jarang sangat berkumpul. saudara semua dah ramai yang kahwin. tak boleh nak main-main lagi. oh man, sungguh saya rindukan atuk :'(



ok, terima kasih singgah :)

3 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

ahahaha
aku memang baik

aku ada juga curi-curi makan buah kundur
lepas aku sedar
eh puasa terus aku ludah
kira aku lagi baiklah daripada kau
miahahaha

NidzamYatimiRamli berkata...

haha..ok.
ada tak budak yang tak lawak zaman sekolah rendah dia agak agak?

haha

nousya berkata...

aku nakal dulu main langgar je puasa

keh3 nidzam, nak kata saya lawak la tu