Rabu, Julai 27

cubaan satu dua tiga, go !

jarum jam dah tunjuk nombor 2. aku masih berjaga dan masih menahan lapar sejak jam 10 tadi. hajat di hati mahu menenggekkan kuali leper dan goreng sedikit kentang dan nugget berbentuk hati. kemudian bertukar fikiran, mahukan megi pula. masalahnya tertangguh-tangguh. satu sebab saja kenapa dari tadi aku masih tak ke dapur ;

dapur jauh sangat.

oh, tadi aku nampak lipas. bila ingat balik dah berzaman aku tak rasa gerun dek kehadiran lipas. lipas tadi dia punya saiz bukan main besar lagi dari lipas-lipas yang aku pernah nampak. aku terus geli geleman dan tanpa lengah aku lompat naik atas katil. aku paling tak suka lipas. geli dengan haiwan merayap-rayap yang tiba-tiba muncul entah dari mana. 

ini blog dah tukar jadi warna hitam. selama ini warna putih, silau mata. sekarang bila dah hitam, aku rasa rimas pula. aku tak suka gelap-gelap. rasa macam nak berlari mencari cahaya pun ada. dan lagi satu, aku dah mula perasan yang blog picisan ini dari sehari ke sehari semakin banyak gambar. menyampah pula aku tengok.

dan kenapa sekarang aku banyak merepek daripada menulis? aku nak sambung 'takluk aku dengan mimpimu'. ada sesiapa nak baca? kalau tak ada, aku nak siapkan 'juni'. lemah betul tulisan aku pada 'juni'. tapi masalahnya aku ini suka menangguh. berlambak draf.



akhir kata, mesti anda semua nak cakap ;


ADA AKU KISAH KAU MENULIS KE TAK?

4 ulasan:

PENCONTENG berkata...

aku nak baca semua tulisan kau. nanti itu novel kasi diskaun boleh? :D

nousya berkata...

wah wah. novel mana yang kau cakap ni kekeke

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

tulis sahaja
aku pasti baca

nousya berkata...

terima kasih kerana sudi