Selasa, Julai 12

emti resaikel bin

buat kali terakhir aku tatap lama-lama dan aku tilik wajahnya. tapi tidak menyeluruh, tidak aku lakukan hingga habis. kerana secara tiba-tiba segala rasa hadir dalam hati. kau namakan saja rasa apa. entahlah. maaf. aku klik kanan dan pilih emti resaikel bin laju-laju. aku tekan. maka hilanglah satu folder yang penuh dengan 1001 ekspresi wajah kau dari komputer riba aku. lalu aku berharap moga-moga kau juga bakal hilang dari minda aku. bolehkah? tolonglah hilang secara total.

Tiada ulasan: