Isnin, Julai 11

kalaulah monolog aku bisa kau dengar

hey juni,
aku lebih selesa berdiam dan mendengar butir bicaramu
kau kata aku membosankan
aku senyum pahit
kau suruh aku,

"buat ayat daripada perkataan sayang."

aku kata dalam hati,

"dalam tidak-tidak, dalam hati aku dah jatuh sayang pada kau."

mahu saja aku ungkapkan ayat itu biar dia dengar. biar dia tahu,

yang hati aku ini bukan untuk dibuat main.

kau senyum, aku helakan nafas berat.

hey hatiku, maaf kau sakit lagi.

cintanya dia memang bukan untuk aku yang dia tuju-tuju

dan kalaulah segala monolog aku bisa kau dengar,





memang ianya aku tujukan buatmu.

Tiada ulasan: