Khamis, Julai 21

selamat menjadi tunangan orang

Juli 13,2011.

berdebar, aku pandang aku di hadapan cermin. aku genggam jari-jemari. aku ukirkan sedikit senyuman di hujung bibir. senyuman melebar. sedikit tawa kecil aku hasilkan. tawa kecil yang aku buat-buat tadi makin besar dan sedikit kurang 'gadis' bunyinya. hilang keayuan. argh gagal, debaran tak juga hilang. aku mundar-mandir dalam bilik. aku pandang setiap sudut bilik. kemas. dan hanya ada aku seorang.

letih pula rasa. takut jantung barangkali akan tercampak keluar, aku duduk di hujung katil. tangan kiri aku angkat tinggi. sebentar lagi jari manis akan disarungkan cincin. tidak akan kosong lagi jari yang satu ini. di luar bilik kedengaran suara lelaki-lelaki yang berbincang tentang persetujuan dan penyatuan dua insan. penyatuan dua insan? argh, aku gundah. tersangat gundah.

lama sangat perbincangannya, aku jadi sedikit bosan. sempat aku online sekejap. aku buka profile seorang rakan yang aku kenal di facebook. tiada langsung update. aku jadi hairan, ke mana dia menghilang? dah hampir 5 bulan aku tak 'nampak' dia last time I checked. rasa rindu terbit. kelakar rasanya, aku pernah pasang angan-angan untuk settle down dengan mamat ni. aku tak kenal dia, tapi hati aku telah terpaut sampai terfikir untuk hidup dengan lelaki ini. aku hela nafas panjang. haih sudahlah.... he's too good for me, perhaps. dan sekejap lagi aku bakal jadi tunangan orang. aku bakal jadi tunang kepada entah siapa, aku sendiri tak tahu. namanya pun aku tak berminat nak tahu. ini semua kerja mak abah. tahu-tahu hari ini aku dah siap dalam kebayu labuh.

pintu bilik dibuka. kepala mak menjengah di celah pintu yang terbuka sedikit.

"orang nak masuk tau. nak sarung cincin."

erk ! tercekik air liur aku dengar. gelabah, aku tutup laptop dan bangun. mundar-mandir. duduk salah, berdiri salah. sungguh rasa tak betah ! dan akhirnya, aku duduk di hujung katil.

pintu bilik dikuak. beberapa wanita masuk. mereka bersuara, bercakap sesama sendiri, bercakap dengan mak. aku tak tumpu pada apa yang mereka sembangkan. come on, sarung je lah cincin cepat! lutut nak tertanggal dah rasa. but wait, nak sarung cincin je pun. apahal gelabah bukan main hebat aku ni? chillax sudeyh.. cepatlah, apa lagi yang ditunggu?

kemudian, seorang wanita masuk. manis senyuman yang diukir. di tangannya ada bekas cincin. aku pandang ke arah wanita itu. aku cuba untuk mengingati sesuatu. aku seperti kenal wanita ini. macam pernah nampak, tapi tak tahu nampak di mana. wanita itu duduk di sebelah aku. cincin dah disarung, bersalaman dan bergambar.

nah, aku dah ingat sekarang. aku dah tahu siapa wanita ini. aku dapat rasakan yang hati aku yang tadinya seperti nak tercampak keluar, kini perlahan-lahan surut denyutannya. mungkin juga hati aku sedang tersenyum girang. mungkin.

wanita itu berbual-bual dengan aku. aku tak ingat apa yang kami bualkan. tapi apa yang pasti, wanita yang baru menyarungkan cincin ke jari aku tadi tersangatlah lembut orangnya. baik sungguh. patutlah anaknya juga baik. perasaan bahagia terbit. sekarang aku sudah tahu siapa tunang aku. dan aku sudah tahu kenapa kenalan yang baru aku stalked di facebook tadi menghilang selama ini. rupanya ini kerja dia. bukan main subtle lagi, ngehehee...










PAP ! aku terjaga.





"and among His sign is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your hearts. undoubtedly in these are signs for those who reflect " [30:21]

relationship before marriage: I love you, you love me. Shaytan loves us. [minta jauh]




nota kaki: 1.mimpi yang paling jelas sepanjang 20 tahun hidup dan bakal diingati sampai bila-bila.
               2.wanita tersebut wujud, 'tunang' tersebut wujud.
               3.dia salah seorang pembaca blog picisan ini. [huehuehue]