Sabtu, Julai 23

sisters day out

peh tajuk.

tadi siang saya pergi bawa adibah najwa ke sogo. rupa-rupanya di sogo ada day care. tak pernah tahu pun tentang kewujudannya. mak suruh bawa adik pergi main-main, bercampur, berkawan dekat sogo tu. ada gelongsor, boleh melukis, mewarna, ah semualah ada. mak kata tempat tu untuk orang letak anak sementara parents pergi shopping bagai tak ingat dunia dan tak ingat ada anak ke tak. HA HA. sebagai kakak yang baik dan anak yang mendengar kata, saya akur, peh. sebenarnya saya tak tahu pun tempat tu berbayar. sampai-sampai je ada tulis harga semua. i'm doomed!

kenapa mesti aku keluarkan ringgit aku demi adik yang super annoying ni? Allah is testing me. bahaha.

padahal cuma RM6 untuk sejam. bukan main berkira betul saya ni. kudukut !

adik memang tak berbakat dalam mewarna.

lepas tu ada lak birthday party. birthday makcik cleaner dengan dua tiga orang budak lagi. alhamdulillah rezeki hari sabtu. dapat lah merasa dua potong kek secret recipe. nak tunggu kek sendiri entah bila nak kunjung tiba. satu kek coklat, satu kek keju. padahal untuk budak-budak, saya lak yang baham semua. lepas tu baham lagi mi goreng, nasi goreng, bihun, nugget, kentang yada yada yada segala macamlah. almaklumlah dari rumah tak makan.

untung jadi makcik cleaner, dapat birthday party free.
lepas makan tu, tersandar kejap dekat kerusi, kekenyangan punya pasal. hahah buruk perangai. masa nak bayar tu kan, ada pakcik dekat kaunter tu, dia kena bayar RM66. bayangkan berapa jam dia tinggalkan anak dia di situ. eh, entah-entah dia letak 2 3 orang anak dia kat situ kot. TAMAT.

ok habis je tugas di day care tu, saya heret adik saya ke pwtc. nak jumpa pakwe punya pasal. adik-adik, kalau nak keluar dating tu, bawalah orang ketiga. bawalah adik ke, orang gaji ke. tak manis berdua-dua. cewah ! eh, senang cerita tak payah dating-dating. nak lagi senang, tak payah ada makwe/pakwe. tak ke mana tu deh.

nama pakwe saya Pahrol Mohamad Juoi.
siapa-siapa yang tak kenal Pahrol Mohamad Juoi, meh sini aku penampor sikit. hahaha. yang penting, saya dapat juga beli buku Di Mana Dia Di Hatiku ! lama benor ngidam, akhirnya berbekalkan duit yang diberi mak, terbeli juga buku ni. :DD leka betul saya dengar dia bagi talk dalam masa sejam. tapi asyik-asyik diganggu adik. nak terkencing lah, lapar lah, mengantuk lah. rasa nak bagi penampor. TAMAT.

sebenarnya kan, saya dah lama tak sentuh mekdonal. sedang melatih diri memboikot lah konon. serius, susah juga nak lawan nafsu untuk makan mekdonal. tapi tadi adik dah merengek rasa menyampah lak, terpaksa juga.


saya order Happy Meal, tapi abang yang dekat kaunter tu gelakkan saya.  

cis, untuk adik aku lah !



pengajaran: sayangkan adik, tangan-tangankan.