Isnin, Julai 4

takluk aku dengan mimpimu

PEMAIN/WATAK
AMIRAH [AMIR]
FADLI
FARAH

pentas gelap. kedengaran lagu selamat pengantin baru oleh zaleha hamid. kemudian, pentas diterangkan perlahan-lahan. kelihatan amirah yang sedang duduk di depan cermin solek sedang membersihkan solekannya dengan toner. dia masih lengkap berpakaian pengantin. lagu yang dimainkan tadi perlahan-lahan hilang dan dihentikan. amirah memandang ke arah penonton dan bangkit dari kerusi.

AMIRAH
muka amirah jelas sedang marah. disapunya toner ke wajahnya kasar sebelum memulakan monolognya.

tak rokes betul lah main make up make up ni ! 
nama gua amirah. itu nama perempuan gua. nama jantan gua, amir. gua lahir perempuan. tapi gua tak suka jadi perempuan. gua tak suka lembut-lembut. jadi gua jadi begini. kasar, sukakan perempuan dan menyerupai lelaki. sepengkid-pengkid gua pun, ada juga jantan yang sangkut. lahanat betul. ingat gua layan jantan ke?

tu, dekat luar sana [memandang ke arah tingkap] orang ramai sibuk nak tahu gua siapa. gua kahwin dengan fadli ni atas desakan keluarga. gua tak kenal dia. apa yang gua tahu gua disogok dengan propaganda yang lelaki ini tinggi ilmu agama. gua tak rela dengan perkahwinan ni. kalau tinggi ilmu agama kenapa kahwin dengan gua? kenapa tak cari perempuan yang betul-betul perempuan dan yang bertudung?

mesti korang semua nak tahu macam mana kami boleh kahwin kan? dia bos gua. masa nak minta kerja, dia tak tahu yang gua perempuan. dan dia pula mencari pekerja lelaki. gua masa tu tengah terdesak nak pakai duit. gua peduli apa. peluang ada depan mata, jadi gua diterima bekerja. tapi fadli dapat tahu gua perempuan. gua kena panggil masuk office dia.

FADLI
saya dapat tahu yang awak ni perempuan. betul ke? kenapa bekerja di sini dan menyamar sebagai lelaki?

gua terkejut juga mula-mula. tapi gua buat-buat tenang. gua jawab teragak-agak dan tergagap-gagap, begini;
          "ada masalah ke kalau saya perempuan? walaupun saya begini, kasar, kerja tetap saya buat kan?
fadli tak banyak soal dengan gua. tapi sejak hari tu gua rasa lain. ada satu hari gua banyak kerja sampai malam gua tak balik lagi. gua perasan fadli ada di bilik dia. tiba-tiba gua rasa haus, gua bangun nak pergi pantry. masa gua nak ke pantry, fadli keluar dari bilik dia. dia pandang gua lain macam punya pandangan. gua tegur dia;
          "bos, tak balik ke?" saja gua tegur, nanti tak tegur dia kata gua biadab pula kan.
          "er, kejap lagi. saya nak solat. tak sedar maghrib dah panjang. eh, awak dah solat belum?" gua pandang muka dia lama sebelum gua jawab;
          "saya tak boleh solat. haram." jawab gua sambil menggaru kepala yang tak gatal. senang kan bagi perempuan nak menipu bab-bab solat ni. lepas tu gua jalan laju-laju ke pantry. gua tengok dia macam tak keruan dah berlama-lama dengan gua. lepas minum gua terus balik rumah. gua perasan yang fadli tengah solat masa aku balik.

kalau nak diikutkan banyak benda pelik berlaku sejak satu office tahu yang aku perempuan. mamat despatch yang selama ni kacip dengan gua dah lain macam. segala cakap-cakap buruk dan yang memandang sinis, gua buat cool je lah. sebab benda ni gua dah lali. tapi tak boleh tipu lah kalau gua tak rasa sakit hati kan. mesti lah jauh di lubuk hati gua, terguris sedikit.

apa-apa pun, fadli layan gua sama je. which is gua rasa senang nak bekerja dengan dia.

bergerak ke katil pengantin dan baring.


FADLI
masuk pentas dan memandang amirah yang sedang berbaring.

nama aku fadli. bos amirah. aku tak suka ambil pekerja wanita. sebab ini semua kerja lelaki. bukan sebab aku tak suka perempuan. aku straight [berdehem] aku sendiri yang dapat tahu amirah perempuan. aku dah perasan lama sebenarnya. korang sendiri nampak kan yang dia ni serupa lelaki. tapi itulah, setelah aku perhati, mana halkumnya dan suaranya pula tidak garau. jadi aku sehabis pasti yang dia ini perempuan. ah, banyak lagi lah tanda-tanda yang dia ini perempuan. kulit halus mulus, bibir merah, tangan tak timbul urat. heh, ingat aku tak tahu ya. amir konon !

menanggalkan tengkolok dan samping. masuk ke dalam bilik air, mengambil wuduk. kemudian mengejutkan amirah yang masih tidur.

bangun solat. tak baik lewatkan solat. 

amirah bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik air. fadli membentangkan dua sejadah.

AMIRAH
dah seminggu kami kahwin. gua ingat gua nak tanya dia habis-habisan kenapa dia kahwin dengan gua. lagi-lagi lah sekarang ni kami duduk rumah sendiri. tak ada orang nak ganggu kalau kami bertekak nanti, ya dak? gua dapat tahu yang fadli ni patutnya kahwin dengan farah. tunang dia. tapi tak jadi sebab fadli cancelled kan pertunangan. kalau nak diikutkan, dia dengan farah patut kahwin 3 bulan yang lepas. gua tak tahu apa sebab fadli putus tunang dan gua tak kenal farah. gua ingat mesti orangnya cantik. yalah, korang tak kan tak perasan rata-rata perempuan yang bernama farah ni cantik. kan kan?

FARAH
farah [wanita ayu dan bertudung ] hampir kepada amirah dan fadli yang sedang membersihkan halaman rumah. panas hatinya bila mendapat tahu yang fadli telah berkahwin dengan seorang pengkid. 

ya. patutnya saya kahwin dengan fadli, tapi entah kenapa fadli tinggalkan saya. saya sendiri tidak jelas sebab musababnya. tiba-tiba saya dapat tahu dia kahwin dengan...pengkid ni !

farah menampar amirah sekuat hati. amirah memegang pipinya, terasa perit. fadli menjatuhkan getah paip yang masih mengalirkan air ke rumput, berdiri di hadapan farah.

FADLI
apahal ni farah? datang rumah orang tak bagi salam, tiba-tiba tampar bini orang, hilang tamadun ke? ada benda tak puas hati kita bincanglah elok-elok. macam ni ke cikgu?

pentas malap, hanya diterangi dengan satu lampu. kelihatan fadli yang sedang membaca akhbar di ruang tamu. kemudian, amirah muncul.

amirah: kenapa siang tadi tak jawab soalan farah?

fadli menoleh ke arah amirah dan meletakkan akhbar di sisi.

fadli: soalan mana?
amirah: soalan yang kenapa bos kahwin dengan saya.....kenapa tak jawab? 
fadli: oh, yang tu. buat apa nak bagitahu dia? 
amirah: yalah, mestilah dia nak tahu kenapa bos tinggalkan dia. kan? 
fadli: saya malas nak jawab. dia orang luar. 
amirah: ok, tapi saya nak tahu. kenapa bos kahwin dengan saya?
fadli: penting ke? kan kita dah kahwin.
amirah: mestilah penting. pelik kot tiba-tiba ada orang nak jadikan saya bini. lagi-lagi bos. kita bukan kenal.

fadli bangkit berkira-kira hendak ke bilik. berpura-pura mengantuk dan menguap.

amirah: eh, nak pergi mana? jawablah dulu. 
fadli: tak ada beza pun kalau saya jawab sekarang. awak sekarang dah jadi milik saya. kenapa? nak lari ke?
amirah: erk. tolonglah jawab detail sikit. boleh tak? kurang-kurang nanti senang saya nak defend diri di mahkamah. [tergelak]
fadli: eh, ni apahal sampai ke mahkamah ni? ok, ada syarat kalau betul awak nak tahu. 
amirah: syarat apa?
fadli: panggil saya abang.
amirah: blergh, geli lah pulak. ok lah bos. abaikan soalan saya. 
fadli: ceh, macam ni ke amirah? saya ingatkan awak ni tak reti give up. 
amirah: tak apa lah. saya dah tak minat nak tahu.

pentas masih malap dengan hanya satu lampu. amirah dan fadli baru selesai mengerjakan qiyamullail. amirah mengaminkan doa yang dibaca fadli. fadli berpusing ke arah amirah dan menghulurkan tangannya. amirah sambut dengan penuh rasa hormat.

amirah: kenapa kahwin dengan saya? hatinya masih tidak puas hati dan dia mahukan jawapan.

fadli memandang amirah dalam kesamaran malam. pertama kali dia melihatkan wajah isterinya itu begitu menenangkan. isteri aku kini dah pandai solat dan aku lihat dia dah mula menjadi perempuan yang sebenarnya perempuan, ya Allah. aku yakin ya Allah, dia milik aku. perlahan-lahan fadli meletakkan tapak tangannya di atas ubun-ubun amirah. suasana dirasakan sangat tenang. fadli menarik nafas dalam-dalam...






fadli: sebab saya nampak awak dalam mimpi saya.




nota kaki: -projek fatal- cerita benar [bukan]

8 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kalau semua perempuan aku nampak dalam mimpi kena kahwin
memang berpuluhlah isteri aku jawabnya

kahkahkah

nousya berkata...

kan

entah siapa punya cerita lah ni

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

background story telling ok
tetapi dialogue macam agak palsu
ahahaha

nousya berkata...

kan. ish3. siapa punya cerita lah ni. tak menarik langsung.

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

oklah

aku cakap itu sebab
kalau aku ada menulis sesuatu
i do hope there is someone who will point out my mistakes

nousya berkata...

tuan punya cerita cakap terima kasih banyak2 pada kau, abul :)

Tanpa Nama berkata...

boleh improve lagi..

jalan cerita boleh jadi menarik dengan tambahan latar yang detil..


try baca "karya nan indah" by Faisal Tehrani..

all de best

nousya berkata...

terima kasih anon

all the best to you too