Isnin, Ogos 8

contengan noh #6

aku masih belum tidur. sulit betul rasanya mata ini nak lelap. aku hentikan gelisah di pembaringan. bangun mengerjakan solat.

aku rindu kau, juni. tapi aku lebih rindukan tuhan. sungguh.

*

ah, juni tentu tak fikirkan aku, tak ingatkan aku. aku dah mula rasa jenuh nak tanggung rasa ini. kalau ada waktu panjang dan jodoh dari tuhan, mungkin kami satu hari nanti bakal bertemu. kau harus aku jauhi, juni. barangkali sepi yang aku rasa ini kerana rindukan tuhan. aku nekad. jika sekiranya kau hadir lagi dalam jaga mahupun lelap aku, aku akan biarkan saja. apa lagi yang boleh aku buat. biarpun aku tahu susah nak lupakan kau.

tak apa noh. berjuang itu sememangnya pahit. moga kelak manisnya bakal aku rasa.

Tiada ulasan: