Selasa, Ogos 9

contengan noh #7; fin

kapan
bisa kau tinggalkan aku
wahai sepi?

*
tadi pagi, aku buka mata senang. tanda cukup tidur. hm, beginilah. aku dah baca balik apa yang telah aku contengkan. semuanya tak lebih daripada repekan aku tentang kita yang jauh.

seperti repekan aku yang lalu, contengan ini perlu aku akhirkan. contengan tentang cinta yang tak sampai dan rasa hati yang tak terluah. lupakanlah noh. sudah-sudahlah tu. cinta juni aku takkan dapat raih.

juni yang aku ingat-ingatkan dalam setiap nafas hingga yang maha satu aku acuhkan. ya, Allah menunggu-nunggu aku yang hina ini. untuk merintih-rintih beban hati yang tak tertanggung. juni itu manusia. manusia, tiada satu pun yang sempurna. cinta yang mengecewakan datang daripada manusia. Allah beri cinta yang tiada pernah buat kita kecewa. benarlah kata pujangga; sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas." jadi, hati aku ini sebenarnya mahu didekat-dekatkan dengan sang pencipta.

*
bangkit ! bangkitlah noh.

sengaja tuhan takdirkan hati aku patah, kerana Dia menjemput aku untuk mencintaiNya, tapi acap kali Dia aku sia-siakan. putus harap dengan cinta juni bukan pengakhiran bagi segala-galanya.


*
aku hentikan penulisan aku di sini. sebelum itu juni, sebagai sahabat, doa aku sentiasa bersama kau. dan satu perkara lagi, aku cukup yakin yang kau akan sentiasa aku ingat. jika berjodoh, kita bakal berjumpa.


dengan izin Allah.
:)





p.s: contengan noh; tutup

Tiada ulasan: