Sabtu, Ogos 13

juni; fin

dengarlah suara hatiku yang paling dalam
jujurnya
aku bahagia saat bersamamu

*


Cuaca di luar benar-benar seperti yang aku inginkan. gerimis-gerimis halus dan udara yang dingin. dan tak ada satu kenderaan pun yang lewat di depan rumah. memang ini adalah waktu yang terbaik untuk lena setelah hatiku patah dek kekasih hati yang selingkuh. bila aku sedih, kebiasaannya aku akan tidur. tetapi entah mengapa, mata ini seperti malu-malu untuk berdepan mimpi dalam lelap. mungkin juga kerana malam ini masih muda.

lantas aku sarungkan baju sejuk dan keluar meninggalkan rumah. angin sejuk malam mula memamah tulang. ngilu. tapi tak apa. kerana suasana beginilah yang bisa membuatkan hati aku tenang. hujan. gerimis. angin. semuanya kesukaan aku.

aku ini ibarat jiwa muda yang kosong. tercari-cari apa makna diri dan tempat berkongsi cerita. lalu ditinggalkan si penyimpan rahsia. entah apa salah aku. yang namanya sahabat itu menghilang entah ke mana. yang dicinta pula membalas hatiku dengan selingkuh. dengan itu, aku lebih suka menghanyutkan diri aku dengan suasana malam. ada bulan ada bintang. dan air gratis dari langit melengkapkan lagi malam ini.

entahlah. mungkin saja syaitan-syaitan sedang mentertawakan aku. tak pandai menjaga hati lalu dibuang-buang orang.

kalau saja aku boleh memutar waktu semudah menunjukkan jari ke langit, maka mungkin saja tuhan tidak menemukan aku dengan insan-insan yang hanya menjadikan aku ini sebagai satu persinggahan. ah, bermimpilah !

nikmatilah malam ini. berkhayallah. puas merasa suasana malam, lalu aku pulang ke rumah.

di luar, hujan perlahan-lahan mulai reda. mata ini bila-bila masa saja bakal tutup. dengan itu terlepaslah segala kerisauan. sikit jam lagi, aku akan bangkit di kesunyian malam. kerana satu hal yang aku pasti, Allah itu ada. dan terus-terusan menuggu aku. moga esok bila jaga, aku kuat untuk menghadapi rencanaNya.


yakinlah, Allah itu ada bilamana kau tak punya sesiapa.




p.s: please keep me in you duas.

2 ulasan:

L berkata...

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

PENCONTENG berkata...

When you feel all alone in this world and there's nobody to count your tears, just remember no matter where you are,Allahknows #np