Isnin, Ogos 29

yang datang dan yang pergi

1. cemburu
bagaimana bisa awak-awak yang gadis-gadis ni, boleh cukup puasa sebulan tanpa keuzuran ya?
cycle tak normal ke apa? [ekekeke]
cemburu tahu? 

2. sedih
ramadhan bakal pergi jauh...jauh dan jauh. entah tahun depan merasa lagi ke tak nikmat kedatangan dia. rasa tak puas beribadah setulus-tulusnya. i sure hope this ramadhan won't be my last. dan diri ini masih belum mencapai apa-apa perubahan. le sigh...

3. letih
rumah ni tak banyak tenaga kerja. jadi ikut rutin lah, seperti biasa tangan inilah yang menyumbang kepada kekemasan rumah. sungguh letih.
dari ruang depan sampai ke bilik-bilik. [dapur tak boleh sentuh sebab itu tempat lepak mak]
bilik bujang belum kemas lagi ni. 'kekemasannya' tu, peh..kus semangat. haishhhh

4. raya
dijemput semua ke kediaman kami di sentul sempena raya dan moga perkenalan kita menjadi lebih mesra dan kukuh. ikhlas dari saya dan suami keluarga :)

eid 2010,  negeri sembilan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H buat semua yang sudi singgah tengok-tengok blog picisan ni. selamat untuk yang membaca, yang terbaca, yang malas baca, yang terus ke pengakhiran isi entri, yang buat-buat baca dan tak lupa juga kepada anda yang selalu singgah untuk ambil tahu tentang hidup saya.
[walaupun tak banyak perihal hidup saya dicurahkan di sini]

lapangkanlah dada untuk memaafkan saya yang sememangnya seorang manusia yang nakal. tapi sebenarnya saya ni seorang budak yang baik. heeee :D


nota kaki: sebarang sumbangan duit raya bolehlah dihulurkan kepada saya bagi meringankan beban perbelanjaan untuk sambung belajar.

3 ulasan:

elwani majidah berkata...

manusia yang nakal? tampor nak? hahahah.

PENCONTENG berkata...

selamat hari raya qiqi. maaf zahir & batin.

nakal siket2 je. setakat bukak note time exam. itu lah kenakalan kita kan? hahahaha

nousya berkata...

wani : tampor manja nak lah

penconteng: kahkah. insaf2. esok lusa buat lagi.