Selasa, September 20

kelangsungan hidup

petang sekejap sekejap hujan
sekejap sekejap cuma rintik rintik halus
malam pekat aku berselubung
tanpa pusingan ligat bilahan kipas
membuatkan aku hangat
seperti dipeluk ibu

anak anjing yang ditinggal ibu tempoh hari
telah mati tidak berkubur
membusuk di anak tangga
dimakan serangga dipandang jijik
dikepit hidung menahan bau
lalu hari ini bangkainya telah hilang total

suara adik kedengaran comel dihujung talian
kalaulah boleh dah lama aku tarik adik dari telefon
terus hati aku mencair bila dengan perlahan adik kata
"adik tengah rindukan kakteh"
ah budak ini pandai bermain ayat dan bijak memancing hati
rumah yang jarak sejengkal kini aku rasakan sangat jauh

aku sangat perlukan telefon baru
sedang menuggu hari merisik yang terbaik
empat tahun aku bersama yang lama
rasanya aku tuan yang baik
aku janji lepas ini aku akan
balas semua pesanan dan jawab panggilan

aku janji
HA HA

notarojak 1 : letih berbicara dengan teman sebilik dalam bahasa asing ie english. gah ! gua bedal je.
notarojak 2: ada roommate baru. orang kedah. saya paling muda dalam bilik ini, moga tak dibuli.