Rabu, Oktober 26

kampus: episod orang terkucil

"Aku bimbangkan pelajaran aku" kata Ed dengan nada perlahan.
"Subjek apa yang membunuh?" tanya Mahmud budak bina bangunan.

Mata Ed pantas melihat ke arah jadual kelasnya yang terlekat pada dinding.
"Apa ya?" bisiknya dalam hati.
"Semua" disebutnya teragak-agak dengan mata berkaca.

Entah sejak bila gedung ilmu menjadi tempatnya bertapa.
Menjadi tempat persembunyian.
Menjadi tempat pelariannya dari kekepohan teman sekamar.
Menjadi tempat menghabiskan rujukan.
Separuh dari harinya dihabiskan di taman pustaka.
Bilik selalu dilupakan.
Katil dah di anak tirikan.
Makan diringan-ringankan.
Facebook dielak-elakkan.
Rumah dijauh-jauhkan.
Setan disetan-setankan.
persetankan..persetankan.

Kadang-kadang berat juga nak mengaku yang dirinya itu dah selesa dengan perpustakaan. Jika sebelum ini kewujudannya pun dicemuh-cemuh. Perpustakaan untuk orang nerd. Untuk orang rajin. Aku kan yang pemalas tu.

*terangguk-angguk tanda setuju*

Kadang-kadang bagus juga sambungan internet di kamar tak berapa nak mencanak [entah apa maksud mencanak] Kurang-kurang boleh lari dari urusan dunia dan beralih ke alam realiti.

BELAJAR.




FACEBOOK=HIATUS

Tiada ulasan: