Khamis, Januari 26

kata kawan

"orang lain takpe. kau tak payah lah."
"oh, tak boleh eh? *senyum, sambil hati terpukul*

kalau betullah
kita kawan

kau tak akan bezakan aku dengan yang lain

kalau betullah
kita kawan

kau tak akan melebihkan yang lain


tidaklah persahabatan yang lebih dari 10 tahun itu menjamin yang kau itu sahabat baiknya. jika betullah begitu, tidak pula aku anggap yang kau itu bukan siapa-siapa bagi aku. aku dah perhati lama masalah ni, dan dah terlalu lali aku memujuk hati sendiri. aku tahu kau banyak tempat mengadu yang lebih kau selesa selain aku. tapi itulah...

sebenarnya, aku ini bukannya siapa-siapa pun bagi kau, bukan? takpe lah, kau aku sayang seperti diri aku sendiri. dan ada kala bila kau dirahmati dengan sebesar-besar rahmat, aku lah yang paling bahagia. biarpun kau selalu curiga.

3 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

touching betul entri haha

nousya berkata...

amboi sedih pulak bila baca (dan teringat) balik

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

biasalah touching kadang-kadang
haha