Ahad, Januari 22

nota hari hujan

petang itu mood belajar datang menyerah diri tanpa dipaksa. aku bagaikan digoda dan seperti ada bisikan halus menghasut. aku melangkah dan merapatkan diri ke meja study. lalu aku sentuh buku teks Law of Contract yang terbuka dan terbiar tanpa dinodai. entah kenapa buku-buku yang terbiar atas meja study petang itu nampak begitu mengghairahkan. lalu aku kecundang. bukan sekadar ku sentuh, siap aku hidu lagi helaian muka suratnya. Astaghfirullahalazim.

kah kah kah.

hujan tiba-tiba turun. lupa sekejap buku depan mata.



kerana bimbangkan finals itu hari yang aku jawab ala kadar, maka keluarlah entri ini. sungguh aku tak puas hati langsung dengan apa yang aku jawab untuk paper Tort, Contract dan Transaction. Lepas jawab tiga paper tersebut, lemah betul rasa jiwa. rasa macam tak nak hantar. rasa macam bukan finals. rasa macam jawab kuiz biasa dalam kelas. lepas masa menjawab habis, aku betul-betul menyerah kepada Allah. apa saja yang Engkau putuskan, maka itulah yang terbaik bagiku. termenung lama aku sebelum keluar dewan. sobs

semoga pensyarah kami dikurniakan Allah sifat lembut hati dan empati semasa menanda kertas-kertas kami. teringat aku terbaca status pensyarah seorang ini. katanya tertekan sebab nak kejar deteline, skrip tulisan hodoh marking masa penat dan fikiran berserabut, maka serabutlah markahnya. kalau skrip tulisan cantik, marking dengan fikiran cantik, maka cantik jugalah markahnya.

alahai sir/madam, tulisan saya super hodoh sebab tekanan dan sebab nak kejar masa menjawab!

Ya Latif, lembutkanlah hati-hati mereka. Amin.

7 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

akhirnya..

PENCONTENG berkata...

aku rasa apa yang kau rasa.

kita dah berusaha. tinggal tawakal je lah pada Dia, Pengatur Terbaik dalam hidup kita.

Amin ya Latiif. moa pensyarah2 kita menanda dgn penuh kebapaan & keibuan :)

#np Para PencariMu.

eh, org tu dah ada blog balik lah. serius rindu gila nak baca tulisan kau. welcome back!

nousya berkata...

abul: rindu aku kan? hek3

penconteng: seram la tunggu result ni. wah, ada org rindu kita ke. xoxo :P

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

bosan maa tulis seorang-seorang

nousya berkata...

alolo jom la kita tulis sama-sama k. aku teman kau. hek3

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

hahaha
aku pun dah lama tak menulis
nanti-nantilah
sibuk melawan zombie sekarang kahkahkah

nousya berkata...

ish3, pergilah kau fight zombie tu