Jumaat, Februari 3

antara nourul dan syaqienah

nama saya seringkali dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang sukakan singkatan lagi memudahkan lidah. nama panggilan pertama saya qien. disingkatkan daripada syaqienah. sehingga kini ia masih bertahan. sahabat baik saya Mardiah yang cipta nama itu. biarpun cuma 2-3 orang yang masih memanggil saya begitu. secara jujurnya, saya paling tak selesa bila ada orang lain selain Mardiah panggil saya qien. entahlah. mungkin kerana hanya ada seorang saja yang setia memanggil saya begitu. bukan tak suka. cuma tak biasa. janggal.

kemudian, rakan-rakan sekepala sejak dari zaman sekolah rendah dan juga mereka yang sekelas dengan saya sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3 memanggil saya qienah. zaman saya mula hidup berdikari di asrama, nama syaqienah sekali lagi ditukar sesuka hati oleh sekumpulan taiko asrama menjadi qiqi. comel? macam kucing. tak mengapa. nasib baik saya jenis tak kisah. sejak itu saya mula dikenali dengan nama qiqi.

waktu berpindah ke Kuala Lumpur 4 tahun lalu, saya mula memperkenalkan diri saya sebagai nourul. mula-mula menggunakan nama nourul adalah ketika dapat pekerjaan pertama. bos dan rakan sekerja panggil nourul. sebab yang paling padu adalah kerana saya cukup malas nak eja nama sendiri kepada orang lain, cukup menyampah bila orang lambat tangkap nama saya. masalahnya bila saya bagitahu ejaan nama saya, orang itu sungguh lambat tangkap. saya dah siap eja, tinggal nak tulis je. itupun susah? bak sini pen! maka sejak hidup di KL, nourul adalah panggilan rasmi ketika memperkenalkan diri.

walaupun qiqi agak kedulu-duluan dan wujud sejak zaman sekolah lagi, namun nama itu kekal hingga ke hari ini. pensyarah pun ada yang memanggil saya begitu. agak tak keruan perasaan saya bila dipanggil sebegitu. isk...... qiqi is more universal than nourul, syaqienah, nousya, syaq, qien, qienah and qie. bila ada orang panggil saya qiqi, orang yang baru mengenali saya bertanya: "siapa qiqi?" aku lah, saya jawab. "nama kau bukan nourul ke?" *bunyi cengkerik*

bagi saya, saya lebih memilih nourul. sebabnya adalah kerana, ia kedengaran lebih ayu dan kewanitaan. dan ianya lebih mudah dieja.


Syaqienah;
though i love you
though you know how hard it was
though i dont know how you feel
though i'm not really good in faking it
though you know how i feel
though you felt offended

i still consider you as myself
a part of me that i rarely mentioned
i am deeply sorry, Syaqienah
i keep separating you from Nourul

but nourul and syaqienah were meant to be together. that makes the real me. ya dak?

6 ulasan:

PENCONTENG berkata...

sebenarnya aku nak panggil kau nousya. hehe

tapi dah semua panggil kau qiqi. aku pun ikutlah sekali. harap kau tak kisah.

nousya berkata...

qiqi dah terlalu klise. ehek

PENCONTENG berkata...

dah tu kau nak suruh aku panggil apa? haha

ungs 2040 kau nak amek bila? jom amik sesama.

nousya berkata...

buat masa ni panggil aku qiqi je la. nanti bila aku dah wanita sikit bolehlah start panggil aku nourul. hekhek

amboi. tanya pasal ungs sampai ke sini

PENCONTENG berkata...

power kaan, baru 1st day dah kena sindir baik punya dgn dr iqbal. hahahaha!
"baca quran ka?"

"from malaysia".
kelurusan kebendulan tahap syial. hahahahahaha

CHour kau sem ni berapa? aku nak amek ungs ngan nourul.

nousya berkata...

itu EPIC! hahaha. dr iqbal tak tau anak murid dia yg sorang ni juara tilawah alquran.

"so gombak is your area" kahskahskahs!

16.5 je. nak add ungs ha. jom le manual. wah, rasa wanita dipanggil sebegitu.