Khamis, Februari 23

kasih berubah

melihat kl hujan lebat
ada yang berlari-lari mencari teduh
gelandangan dan pengemis bingkas bangun
hujan lebat di dalam hati lelaki
tak siapa tahu
tak siapa peduli
melihat orang berpergian
satu-satu yang disayang
diambil orang
bahagia miliknya
dibawa pergi
bersama kenangan
hujan
kau bisa saja
membuat hati yang tenang
bertambah beban
dengan kuat rintikmu

hujan tiap-tiap hari pun tak apa.
aku ada kamu. 
yang menghangatkan aku.


tapi kini tidak lagi.

pemanggil: saya nak tuju lagu. kasih berubah daripada ferhad.
dj: nak tuju kat siapa?
pemanggil: untuk dia. untuk saya. untuk kami. 

kasih berubah - ferhad. tak pernah gagal buat aku putar balik kisah lama. atau mungkin sebab aku memang suka lagu tu.


* dah lah. tak larat nak berjiwa malam ni. mengantuk.

9 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

hujan lebat ke, guruh ke siapa yang tahu kan ?

nousya berkata...

lajunya. aku ada tambah sikitlah.
entah. mana aku tahu hati lelaki.

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

sebab aku tengah nak sambung menulis post aku yang tak terpublish-publish
dan aku tengah share the same sentimen kahkahkah
hati sendiri lagikan tak tahu
ini kan pula hati orang di sana

nousya berkata...

eloklah tu. aku terbuat pantun pulak.

padi pulut dari selatan
padi wangi sawah di hulu
sini hujan sana pun hujan
sini rindu sana tak tahu

ahah. geli aku

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kahkahkah
nak kena beli ke apa pantun kau ini ?

nousya berkata...

kalau boleh beli la. nak tgk skill kau

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

masa hujan tangkap berudu
of course i do !

ahahaha

nousya berkata...

PADU!
kahkah

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

baru kau tahu !
ahaha