Sabtu, Februari 25

tentang abah ke sabah

macam mana aku boleh tak tahu abah ke sabah. bila abah balik baru aku tahu. itu pun nasib baik aku telefon rumah borak dengan mak. saja nak pesan yang aku lepas ini ada kelas setiap sabtu. dan lepas ini memang susah aku nak balik rumah. dah borak panjang baru hal itu keluar dari mulut mak. aku macam, eh bila pulak abah ke sabah. how come aku tak tahu. terasa seperti anak yang tak berguna. anak yang tak prihatin. aku harap bila aku dah berkeluarga nanti, aku tak se ignorant ini. aku kah yang nak kena ambil tahu? atau mak abah yang kena sampaikan kepada aku tentang hal ini? dan kenapa ayat aku macam nak minta pelempang?

atau adakah kerana aku ini tidak penting?

bagi yang membaca mesti akan kata, benda kecil je pun. tak. besar bagi aku. kau tahu tak yang aku dah rugi banyak di sini? aku tak dapat nak kirim apa-apa. titik.

4 ulasan:

PENCONTENG berkata...

keh keh keh

mesej je lah weh. celcom punya coverage bagos jiddan!

nousya berkata...

mesej pun abah aku dah balik dah

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

belum kau sampai mesir lagi
semua benda kau tak tahu
ahahahhaha

ayah sendiri pergi umrah pun boleh lupa
" eh ayah kenapa botak ? "
adoi

nousya berkata...

hahaha. pelempang sedas