Jumaat, Mac 2

ibarat penampar di muka

entah kepada siapa yang sebenarnya untuk aku meminta maaf kerana sekian lebatnya soalan dan cakap-cakap orang tentang aku yang kaku dan dingin disapa orang namun tiadalah berjawab seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni. ada pula yang selisih lalu menanyakan mengapa wajahku kelihatan pucat lesi. lalu aku memandang si pengaju soalan dan aku beri senyuman kepadanya. pantas aku menjenguk muka ke cermin membelek mana pucatnya wajah aku. tak cukup dengan cermin aku menjenguk muka ke dalam air kolam yang jernih macam kilat cermin. lalu aku meminta maaf kepada semua dan ramai pula yang bertanya atas asbab apa aku meminta maaf. soalan lagi. lagi-lagi soalan.

adakalanya bila pulang dari kuliah atau ketika mata berdegil enggan pejam di larut malam, banyaklah datang buah fikir yang tak enak. aku sering dilabel pesakit insomnia kerana malam yang dijadikan untuk tidur, aku berperang dengan mata yang melawan lelap. bukan saja-saja aku berjaga. bukannya dibuat-dibuat malahan aku sendiri terseksa. ada satu hal yang tak dapat aku lawan hingga hari ini. rasa takut bila mataku lelap ada kebarangkalian aku hanyut dalam alam mimpi. mimpilah sebenarnya yang aku takutkan. pernah aku bermimpikan seindah-indah mimpi sehingga berhari-hari juga aku rasakan aku lah orang yang paling bahagia. waktu itulah senyuman manis sentiasa menghiasi bibir. namun lain pula tentang mimpi buruk. pernah aku tersentak dan terjaga dari mimpi lalu menangis ketakutan. takut dan tangis yang sungguh-sungguh dan tidak dibuat-buat. sejak hari itu, berkali-kali juga aku fikir sama ada mahu tidur atau tidak. jika tidur nanti mimpi buruk dan aku tak boleh elak dari tidak berfikir yang bukan-bukan.


bukan sekadar mimpi. aku juga sering memikirkan mati dalam tidur. juga keadaan di dalam kubur. berimaginasi membayangkan apa dan siapa yang akan menjadi teman lahad aku nanti. it slapped me across the face. tiada apa yang boleh dibanggakan dengan amal yang sedikit. dan amal yang sedikit itu pula entahkan diterima atau tidak. entahkan ke syurga atau tidak aku ini. begitulah payahnya aku ini dalam satu hal itu. lalu yakinlah aku bahawa permohonan maaf sepatutnya aku tujukan kepada tuhan.

tuhan itu berkuasa sendiri, berkemahuan sendiri, berpengetahuan sendiri, berhayat sendiri, berpenglihatan sendiri, berpandangan sendiri dan berperkataan sendiri.

Allah ya nur
moga malam kelamku
ada rindu padaMu
moga lelah resahku
juga bimbang hilang arahku
ada suluh cahayaMu



*tahukah anda, self criticism and motivation adalah dari cabang seni juga. cabang besarnya adalah self reminder.

5 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

aku tak boleh tidur
sebab fikirkan masalah orang yang tak ada kena mengena langsung dengan aku
seminggu lebih juga susah nak tidur

nousya berkata...

itu tanda kau caring

PENCONTENG berkata...

aku pulak kalau boleh tak nak keluar-keluar dari mimpi. menanti-nanti wajah rajulun itu.
tapi malangnya sudah pukul 7.45. leadership class.

dem!

bagus ingat mati sahabat.
Tuhan sayang kau sangat sangat letteww

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

caringlah sangat
ceit

kenapa tak boleh langgan e-mel untuk post ini
kahkahkah
tak boleh tahan langgan

nousya berkata...

penconteng: haha leadership mmg perosak hari sabtu. teruskan berusaha mencari si rajulun

abul: prihatin weh. langgan? tak berbaloi