Jumaat, Mac 23

kawin-kawin

dulu masa kecik-kecik, saya suka balik kampung. lebih-lebih lagi kampung belah mak.

dulu saya dengan sepupu sepapat semua nakal-nakal.
curi motor arwah atuk, curi basikal arwah wan, main api, ambil sabut kelapa cucuk dekat api sampai sabut tu berasap. lepas tu bawak sabut tu keliling rumah konon-konon sabut tu ubat nyamuk. biar nyamuk mati.
wrestling dengan sepupu yang besar sikit. gila sakit habis lebam-lebam badan. ganas baq hang.
main lumpur. pernah satu hari kami terbenam dalam lumpur. cuak habis.
terjun dalam kolam arwah atuk, kejar ayam, baling batu banyak-banyak kat kolam ikan tengok siapa baling paling jauh, lepak tepi longkang sampai maghrib, jalan kaki gila jauh pergi kedai semata-mata kepingin
ais krim, gaduh dengan cucu jiran sebelah, letupkan mercun tengah-tengah laman tengah-tengah orang ramai. tapi bab-bab main mercun ni selalu saya tak join. sebab tak berani. tak macho betul. saya tengok dari dalam rumah je.

pernah jugak main kawin-kawin. klise dan tipikal. alah, dah itu je game zaman dulu. mana wujud angry bird lagi ya dak? yang selalu jadi pengantin saya lah. yang jadi pengantin lelaki, Faiz. mungkin sebab dia yang paling kacak antara sepupu yang lain. saya? adakah mungkin saya yang paling lawa? ahaks!

selalunya kami main masa orang sibuk baca yasin, tahlil dan doa. dekat atas rumah orang sibuk baca-baca, kat bawah rumah orang perempuan sibuk buat kerja kat dapur. kat sudut rumah pulak kami sibuk main kawin-kawin. alahai, segan pulak nak cerita pasal main kawin-kawin ni. blushing habis. tapi bila orang ajak makan, dengan pantas kami tinggalkan game kawin-kawin dan terus duduk depan makanan.

itu zaman kanak-kanak. zaman pakai seluar pendek paras atas lutut. sekarang kami semua dah besar. ada yang dah kahwin. kalau jumpa pun, kadang-kadang canggung je rasa. masing-masing dah reti segan. tegur pun sekadar bertanya tentang study. ceh.

saya: kau buat apa sekarang, Faiz?
Faiz: cuti. kerja sikit. senyum tersipu-sipu sambil jari menguis-nguis nasi dalam pinggan.
saya: sombongnyaaa. pandang aku pun tak nak.
Faiz: mana ada lah. masih senyum tersipu-sipu macam kerang terdampar di lautan.
saya: tuu.. duk sengih-sengih. pandang aku pun tak sudi dah. kau malu eh dengan aku? ketawa mengejek
Faiz: mana ada malu. masih lagi tersenyum simpul dan pantas meneguk air sirap.

ok lah masuk tujuan asal. kahkah. dah berjela cerita baru nak masuk cerita betul.

itu hari saya duduk library sampai tertidur. saya tersedar bila ada orang duduk sebelah saya. lepas tu dalam keadaan mamai saya bangun pergi ke rak buku. terjumpa buku tajuk kawin-kawin baq hang. terus ambil tanpa fikir 2 3 4 kali. buka terus ke halaman tengah. baca sambil terkekek-kekek ketawa di sudut rak-rak buku. buku apakah ini? bukan main lawak lagi. perkataan haram jadahnya diulang berkali-kali. sampai lah satu hari tu berjaya jugak saya pinjam buku tersebut.


ini kisah orang gatal nak kawin. bujang terlajak bernama Malang mengidam nak kawin dengan Mas Umm dan tinggal di banglo besar Mas Umm. Tapi ini bukan cerita pasal kawin biasa. ini cerita pasal kawin mut'ah. Malang dalam cerita ini seorang yang jijik lagi memualkan. dia suka cabut bulu ketiak bila marah atau excited, kentut di tempat awam, korek lubang hidung dan macam-macam lagi lah. perangai dia memang buruk, munafik dan tiada ilmu agama. malang kecewa sebab tak dapat kawin dengan Mas Umm. dia membawa diri dan berhijrah lalu berkahwin dengan Siti Menurra. tapi Siti Menurra perempuan beragama yang bijak. nak kawin boleh. tapi mas kawin kena langsaikan dulu - salin al-Quran 30 juzuk. selagi tak siap salin, selagi tu tak boleh... Malang memang malang. ending cerita ni tak klise. tapi jujurnya, anda haruslah berkahwin dulu. barulah boleh layan buku ini. kahkah.

itu je nak cerita sebenarnya.

*anak Melayu main kawin-kawin, anak Palestin main syahid-syahid*

2 ulasan:

PENCONTENG berkata...

*anak Melayu main kawin-kawin, anak Palestin main syahid-syahid*

makan dalam betol.

sekarang layan tunggu teduh dulu lah pulak kan? main cinta-cinta
kakakakaka.

nousya berkata...

aah tengah layan tunggu teduh dulu
main cinta-cinta?
bercinta je kerja kau.
ahaks