Rabu, Mac 21

sempena ulangtahun

saya baru balik dari kuliah. letih, temengah-mengah dan tanpa lengah saya cabut tudung. saya pusing kipas sampai lima. letih berjalan turun naik tangga dari bilik-library-AIKOL-Engineering.

semuanya kerana seseorang
dia yang saya sayang
ahaks

ini entri untuk dia. hari ini hari dia. dia yang saya nak ceritakan di sini adalah sahabat ketat saya. saya tak ingat cara kami berkenalan. cuma cukuplah saya tahu bahawa insan ini wujud dalam hidup saya sejak di usia 7 tahun lagi. 6 tahun di sekolah rendah yang sama, 5 tahun di sekolah menengah yang sama dan kini di puncak gading yang sama.

jika diturutkan keinginan mahu saja saya cerita panjang-panjang. tapi buat masa ini biarlah setakat mana jari mampu menaip. kami dulu sekelas. duduk sebelah-sebelah. bersaing sama-sama. sama-sama dapat markah tinggi. alah, BI je lah yang kami mampu. memandangkan itu saja yang kami mahir. nak harapkan akaun atau subjek kira-kira memang haram. add math misalnya. badi apa agaknya yang melekat. kadang-kadang kami ketawa sama-sama bila mengenangkan markah add math. math mode pun sama. akaun apatah lagi. sejarah tak payah cerita. gila noob. tapi arab dia power. ada masa kami berdua tidur dalam kelas. waktu BM misalnya. ada masa-masa lain kami tiru kerja rumah orang. yang mana tak siap atau malas nak buat kami salin je kerja orang. nikmat. tapi sebenarnya dia lagi pandai dari saya.

dia, bila mana berjenaka dan bergurau kadang kala kasar tapi tak perlu nak terasa hati. tak perlu makan masa yang lama nak faham setiap isyarat mata atau tangan juga mimik muka. setiap rajukan memang tidak akan dilayan. kata orang dah biasa. dah lali. kalau nak merajuk atau kecil hati sekalipun memang tidak berbaloi.

marah dia, saya dah dapat hidu awal-awal. jadi saya dah bersedia untuk setiap bentuk lepukan dan kesakitan. ada masa dia sedih, saya tak tahu nak kata apa. memang saya tak mahir dalam bab yang satu itu. dia pandai tukar topik. kadang-kadang saya tak sedar emosinya sedang kecamuk. ada masa saya jauh dan perlukan bimbingan, dia datang menghulurkan tangan. ada hal-hal yang tidak dia sampaikan kepada saya. tapi tak bermaksud saya tak tahu. saya tahu. cuma saya tak kata apa-apa. dan tentang halnya dilanggar motor, saya jadi marah. kalau saya dapat perempuan yang langgar kawan saya ni, tahulah. sebab bila kau sakit, aku sama merasa, wani. cuma aku tak tunjuk.

ke hadapan elwani majidah ali. selamat melangkah ke umur 21. alam yang melayakkan kau untuk berkahwin aku kira. calon pun dah jumpa. kah kah. juga dah layak mengundi. tolong undi dengan bijak. jangan bikin malu aku budak belajar undang-undang.

aku mohon agar Allah sentiasa melabuhkan lindungan kepada kau tatkala penjagaan manusia seperti aku tak sampai kepada kau. moga segala apa yang kau lakukan dipermudah. moga keinginan juga doa kau dikabulkan. moga dikurniakan suami yang soleh, yang akan membimbing juga sudi dibimbing mengharung jalan ke syurga. moga bahagia milik kau. insyaAllah, amiin.

hadiah tunggu sikit masa lagi.

*aku yakin, mesti ada ayat aku yang bakal mengundang ludahan kau wani. puih! (itupun kalau kau baca)

4 ulasan:

elwani majidah berkata...

baler
nak hadiah mahal mahal sikit.
yang murah murah ni, aku pandang sebelah mata je sekarang. kahkah.
terima kasih oi. panas mata aku baca entri padu kau ni. sob sob :')

PENCONTENG berkata...

manisnya.

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

mengundi elok-elok maa wani
pilihlah kerajaan yang mantap
aku nak elaun jpa aku naik lagi
miahaha

nousya berkata...

wani: baler demand. panas mata? tak nangis sekali?

penconteng: bahaya kalau terlebih manis

abul:kahkah. tak cukup lagi ke duit tajaan tu