Isnin, Mac 26

tunggu teduh dulu

"setelah puas berteduh di dunia, roh akan bergerak merantau ke alam lainnya. kita hanya berpindah dunia. di situ bukan lagi pondok, pangkin dan taman untuk berteduh. di situ sudah menjadi tempat untuk dinilai bagi habuan amalan mulia atau bahana amalan celaka."


"dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan. kita cuma menunggu berteduh, cukup sahaja bekalan dan tiba masanya, kita juga akan berangkat seperti yang lain-lain."

cerita tentang wanita yang kuat juga punya maruah. cerita tentang persahabatan antara 3 orang. bukan cerita cinta tiga segi. juga tentang ketuhanan. di samping menerima takdir yang mengatasi segala, namun tuhan juga yang berkehendak. ia cerita pengorbanan manusia kepada tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap. di sebalik tajuknya, tersimpul erti mengapa harus tunggu teduh dulu.


izinkan saya memuji kejayaan Dr Faisal Tehrani mendalami serta memahami sifat perempuan di kala mereka sendiri celaru dengan fitrah diri. Dr memang awesome.

2 ulasan:

PENCONTENG berkata...

aku kadang-kadang rasa macam nak jadi lelaki.

bahaya tak kalau ada rasa mcm ni?

nousya berkata...

haha. lol?

aku pun pernah fikir macam tu. tapi, bersyukurlah dijadikan perempuan. boleh pilih mana-mana pintu syurga, insyaAllah.