Ahad, April 8

di mana mereka, ana

Puan bimbang kerana jam telah merangkak ke angka satu pagi. Tam masih belum pulang dari pagi lagi. Resah juga curiga. Kebarangkalian Tam sesat di denai atau disergah binatang buas menghentak benak jiwa.

Genap seminggu Tam tidak pulang, meninggalkan Ana, Kit dan Nyak. Mereka bertiga terlalu kecil untuk berkongsi resah bersama Puan. Atau mungkin mereka turut merasa, lalu apa yang bisa disedihkan. Mereka bertiga cuma makhluk yang tidak dianggap perasaannya.

Belum sempat resah mereda, Kit dan Nyak pula kabur. Lolos lesap entah ke mana. Resah masih bersarang juga dalam jantung Puan. Diangkatnya Ana duduk di ribaan. Badannya dibelai lembut dan monolog Puan kedengaran. Bertanya tentang keberadaan Tam, Kit juga Nyak. Apalah yang boleh dijawab Ana, dia juga punya soalan yang sama untuk dituju kepada Puan.

Ana terus hidup tidak berteman. Ibu juga saudaranya hilang. Pernah seharian dia tidur juga tak berespon jika dipanggil makan. Sugul. Apakah dia sakit atau mungkinkah sebentar lagi Ana bakal dijemput Tuhan? Jika benarlah Tam, Kit dan Nyak sudah berada di alam yang lagi satu, Ana mungkin akan menyusul mereka. Bertemu di alam bahagia. Bersatu semula di sana.

Beralih musim ke musim, waktu beredar laju. Ratib sendu di kalbu mereda. Biarpun ketiga mereka tiada lagi muncul, itu tidaklah bermakna mereka tidak ditunggu di muka pintu. Namun, izinkan Ana tumbuh menjadi dewasa biarpun kekuatannya hilang.

Beralih musim ke musim
Waktu beredar laju
Ratib sendu di kalbu mereda
Tiada apa yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi


Tam, Ana, Kit dan Nyak adalah kucing. Puan pula, err. Mungkin bonda saya?
Sempena lewat keresahan tentang hilangnya tiga ekor kucing 2 bulan yang lalu.

2 ulasan:

PENCONTENG berkata...

nanti kalau aku bela kucing, aku mahu beri nama fake.

keh keh keh.
if u get what i mean.

nousya berkata...

omaigod. stop it you. kahkah