Jumaat, April 27

ujian bersyukur

"sikit weh. tak sampai 15 pun."
"aduuuh..."
"aku tak tahu jawapan macam mana madam nak."
"13 per 20."
"sikit gila kot!"

- budak dean's list -


dude. seriously?
aku yang failed ni macam mana pula ya?
masih lagi aku mampu tuturkan alhamdulillah masa ambil paper.
kau?
meroyan?

dean's list selalu dapat.
tapi jenis tak reti bersyukur pun susah juga.

aku koyak juga paper kau nanti.

nasib baik aku jenis hati kering.
duduk diam di sudut kelas tepi tingkap,
merenung markah atas kertas,
dan mengulang alhamdulillah.


meh sini tukar kertas dengan aku. sibuk kata sikit. bising.

13 ulasan:

PENCONTENG berkata...

Berzikir astaghfirullah aku bila baca entri kau ni.

lulus cemerlang, ujian Tuhan.
gagal terbilang pun ujian juga.

aku doakan test 2 nanti, lebih gemilang markah kita.

Amin. selamat berusaha :)

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kalau dah failed sila join aku belajar bersungguh-sungguh haha

nousya berkata...

penconteng: panas mata aku

abul: dah habis sungguh-sungguh dah tahu. jom

:(

suesue berkata...

Maknusia berbeza. Kita ada aim masing-masing. Kita tau kemampuan masing-masing. Aim aku mungkin setakat nak pass. Aim dia pulak nak A. Aim aku cuma nak habiskan kos ni je lantak p la macam mana pun. Aim dia pulak nak pass dengan cemerlang gemilang terbilang.

Jadi kita kena faham kalau orang tu still tak puas hati bila dia tak capai matlamat dia. Itu gol hidup dia. Dia tau dia mampu buat. Kita mungkin tak setaraf dengan dia, tapi kita boleh tumpang happy dan support dia.sekadar pendapat :)

nousya berkata...

dalam masa yang sama gembira juga dgn result dia dan baguslah dia tak fail macam saya. mungkin sebab dah banyak kali perhatikan perangai dia begitu maka terluah di sini. terima kasih atas perkongsian, cik suesue. selamat menghabiskan kos kamu dengan jayanya :)

Alia Ramley berkata...

hahaha.. pedas nie pedas..

nousya berkata...

pedas minum air alia

Awan Putih berkata...

setuju dua dua. pendapat si suesue dengan awak.

sabar lah eh cik nourul. maybe ni peringatan dari Dia untuk tidak menjadi seperti itu. maybe apa yg awak rasa ni, bukan awak sorang je. maybe ada lagi yang menghias di luar, meremuk di dalam.

rezeki masing-masing. mungkin dia tidak sengaja. sabar nourul sabar!

nousya berkata...

sabar je ni. cuma membentak di dalam. terima kasih encik awan :)

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

kita ada dua impian
satu impian yang berpanjangan
yakni akhirat sana
yang mana kalau kita dah usaha sungguh-sungguh dapat balasan inshaAllah
berjaya itu bukan pada nombor, sebab itu nabi Nuh AS walaupun dakwah pada 80+ orang saja selama 900 tahun tetap dikira berjaya
sebab apa ? usaha yang dilakukan
peh, terkuliah subuh pula sekejap
kahkahkah

nousya berkata...

terima kasih semua atas perkongsian berguna. moga Allah beri ganjaran yang baik kepada antum semua :')

Tanpa Nama berkata...

ko jahat!

nousya berkata...

amboi. terasa pula dia. ehehe