Isnin, Jun 11

a moment to remember

Awal pagi lagi aku keluar rumah nak ke Setiawangsa. Sekali train rosak. Ah sudah. Naik bas tak reti. Teksi entah mana. Ramai orang beratur tunggu teksi nak pergi kerja. Jam dah pukul 8.

*fikir-fikir*
Telefon wani.
Buntu.
*perut berlagu* 

Lari lintas jalan sekali teksi berhenti tepi. Rezeki.

setiawangsa boleh pak cik?

boleh boleh. Pak cik teksi mengangguk yakin dua tiga kali.

___

3 minit kemudian.

Pak cik teksi tiba-tiba bagi signal dan berhenti di kiri jalan. Aku perhati je pak cik teksi dari belakang.
lah. dah sampai dah? 

eh, setiawangsa pakcik.

titiwangsa kan? 

eh, bukan bukan. setiawangsa.

setiawangsa? setiawangsa dekat keramat tuuu. ya tak?

ha ya ya. dekat dekat situ lah.

bukan titiwangsa?

bukan cik. setiawangsa.

setiawangsa dekat keramat tu, kan?

ya cik. dekat keramat.

lah, pak cik ingat awak nak turun sini.

tak pak cik. kalau turun titiwangsa ni, baik saya jalan kaki je dari rumah tadi.

Aku ketawa tenang. Pak cik teksi ikut sama ketawa tanda segan.

Sampai Setiawangsa aku hulur 11 ringgit tanpa minta baki 10 sen. Aku keluar dari perut teksi selepas berterima kasih dan meminta maaf kerana menyusahkan. Poket aku rabak. Langit turut mendung tanda simpati. 

___

Stesen lrt Setiawangsa.

wani tak sampai-sampai lagi. 

tunggu punya tunggu, sekali ada tangan tutup mata aku.

apahal? tangan lelaki ke perempuan ni? siapa pulak main tutup tutup mata dengan aku ni? *monolog*

Aku diam. Gelabah tidak. Menjerit pun tidak. Cuma terkejut dan,

Yang menutup mata aku dari belakang tadi menampakkan wajah. Yang seorang lagi terus lari menyorok lepas sedar yang aku bukan kenalan mereka. Perempuan. Nasib baik perempuan. Kalau tak, aku terajang. Aku tahan gelak melihatkan tindakan yang seorang itu. Yang seorang lagi tak berganjak. Akhirnya aku tergelak. Tak boleh tahan.

___

kitorang ingat kawan kitorang tadi. tersengih-sengih tanda segan.

kawan awak pakai baju warna ni jugak ke? aku tersengih lebar sampai ke telinga. Ada lagi baki gelak yang tak habis.

dia kata dia pakai warna hijau. dari jauh nampak macam dia. sori la tak tengok dulu betul-betul.

eh takpe. saya memang suka kena surprise. jadi la jugak surprise awak tadi tu. terkejut saya. *gelak jahat*

haha, umur berapa eh?

21. berapa umur?

19.

Perbualan selanjutnya terus menggunakan kakak-saya-awak menggantikan awak-saya. Pertemuan itu berlanjutan sehingga ke event bersama Oki Setiana Dewi dan Wardina Safiyyah. Perkenalan yang tiada pertukaran nombor telefon. Moga ketemu lagi. 

***


Hari paling penat. Manis.

Tiada ulasan: