Rabu, Jun 20

terima kasih

Seorang diri di perpustakaan, menulis nota. Terdengar bunyi seretan tapak kaki ke lantai.

Srettt! Srettt! Srettt!

Langkah itu menghampir. Makin hampir. Aku berhenti menulis ketika bunyi tadi turut hilang. Empunya jasad sudah berdiri di depan aku. Kaku. Nafasnya berat. Ada peluh sejuk pada dahinya.
___

Terima kasih.

Beberapa orang yang menelaah menoleh. Barangkali terdengar. 

Aku merenungnya. Menantikan kata selanjutnya.


Terima kasih? Kenapa?


Pertanyaan aku tidak segera dijawab. Ah, payah betul dia ni.

Er, terima kasih. 

Setelah lama dia memaku pandang pada meja, mata kami bertentang.

Terima kasih sebab... sebab... Ah.

Dia tidak menyudahkan kata-katanya. Tanpa lengah, dia berjalan meninggalkan aku. Aku hanya menghantarnya dengan pandangan.

___


Dia kata, terima kasih kerana wujud. 

Aku pandang sosok di sebelahku.


Wujud? MasyaAllah, thank Allah for that. Aku tertawa kecil.

Jangan baik sangat. Nanti dia ajak kahwin.


Uii, elok sangatlah tu! Sosok di sebelah menjeling melihatkan aku tertawa.

Aku tarik muka serius.

Kau tolong dia apa?


Bagi Quran.


Motif?


Hajat besar.

Tiada ulasan: