Jumaat, Julai 6

tribut



telah aku tinggalkan rahim ibu

dari hari pertama di dalam ingatan
alam serasa hijau lagi segar dan masih kekal begitu

pada telingaku dibisikkan bait-bait syahdu
supaya aku kenal Tuhan
yang pada akhirnya aku melupakan

pada tiap kali panggilan Tuhan terdengar
aku masih setia menangguh

sayang
aku bayi yang lupa

aku tidak ingat lagi
akan hebat laungan ibu
juga getar suara abah

aku tumbuh menjadi anak yang beza

Tuhan tahu
walau tidak ku ucap
ada rasa yang aku simpan
bahawa aku sayang mereka
Tuhan tahu itu

Aku mahu masuk ke dalam pelukan mereka
dan berdiam di sana

pelukan atas sebuah tanya
yang jawabnya
kami mencintaimu, nak!

dan seraya itu aku tahu
sebelum wujud
aku telah siap dicinta

Tiada ulasan: